Isu Tuntutan Harta Intelek Sebagai Harta Sepencarian: Analisis Kritis dari Perspektif Syariah dan Undang-Undang

Show simple item record

dc.contributor.author Marina Abu Bakar
dc.contributor.author Noor Asyimah Ramli
dc.contributor.author Saad Gomaa Gomaa Zaghloul
dc.contributor.author Ahmed Ramadan Mohamed Ahmed
dc.contributor.author Meryem Abous
dc.contributor.author Mohamad Fauzi Md Thahir
dc.date.accessioned 2022-05-18T07:22:09Z
dc.date.available 2022-05-18T07:22:09Z
dc.date.issued 2021
dc.identifier.citation MyCite en_US
dc.identifier.issn 2232-1047
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28431
dc.description.abstract Harta sepencarian adalah harta yang diperolehi dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya hasil daripada sumber-sumber atau usaha mereka bersama. Namun begitu, pada era digitalisasi ini, bentuk tuntutan harta sepencarian telah berubah daripada harta yang bersifat fizikal semata-mata kepada harta yang berbentuk intelek. Oleh yang demikian, tuntutan harta sepencarian juga turut melibatkan harta intelek pasangan yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan tersebut. Walaupun harta sepencarian adalah hak eksklusif suami isteri dalam perkahwinan, tetapi tuntutan harta sepencarian juga boleh dibuat oleh pihak ketiga selain daripada pasangan kepada perkahwinan tersebut. Malah, terdapat fatwa di negeri Kelantan yang membenarkan tuntutan sebegini. Urutan daripada ini, kajian ini bertujuan mengkaji isu tuntutan harta intelek sebagai harta sepencarian suami isteri dan menganalisis isu tuntutan harta intelek sebagai harta sepencarian suami isteri mengikut perspektif syarak dan undang-undang. Kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif di mana data dalam kajian ini dikumpul melalui kitab-kitab fiqh klasik dan kontemporari berkaitan harta sepencarian dalam Islam, fatwa harta sepencarian di negeri Kelantan dan kes-kes harta sepencarian di Mahkamah Syariah. Data-data ini kemudiannya dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa Mahkamah Syariah mengambil kira fakta kes dan pembuktian kes oleh Plaintif dalam memutuskan tuntutan dan kadar pembahagian tuntutan terhadap harta sepencarian. Malah, didapati juga bahawa sehingga kini, tiada kes berkaitan tuntutan harta intelek sebagai harta sepencarian yang dilaporkan oleh Mahkamah Syariah di Malaysia. Hasil kajian yang dikemukakan dapat memberikan panduan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam proses tuntutan harta sepencarian seperti mufti, peguam syarie dan hakim di Mahkamah Syariah dalam memutuskan hukum berkaitan harta intelek bagi kes-kes yang melibatkan tuntutan harta sepencarian di Malaysia. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher JFatwa Journal of Fatwa Management and Research en_US
dc.relation.ispartofseries Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa;Special Edition / Vol. 24/ No. 2
dc.subject Researchers en_US
dc.subject Harta Sepencarian, Harta Intelek, Isu Tuntutan Harta Sepencarian en_US
dc.title Isu Tuntutan Harta Intelek Sebagai Harta Sepencarian: Analisis Kritis dari Perspektif Syariah dan Undang-Undang en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account