Model gelagat dan personaliti terhadap amalan hibah : kajian di utara Semenanjung Malaysia

Show simple item record

dc.contributor.author Ahmad Tarmizi Bin Jusoh
dc.date.accessioned 2024-07-24T03:55:02Z
dc.date.available 2024-07-24T03:55:02Z
dc.date.issued 2023
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/31834
dc.description.abstract Hibah adalah salah satu instrumen perancangan harta Islam yang penting di samping faraid, wasiat, wakaf dan harta sepencarian. Instrumen hibah berperanan sebagai salah satu kaedah perancangan harta bagi membendung masalah harta-harta yang terbeku di Malaysia yang meningkat setiap tahun. Ini adalah satu kerugian kepada masyarakat dan pendapatan negara dari sudut ekonomi. Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menarik minat masyarakat untuk membuat hibah berdasarkan teori gelagat terancang dan model lima besar. Objektif kajian ini adalah untuk melihat pengaruh sikap, norma subjektif, kawalan gelagat ditanggap, keagamaan dan altruisme terhadap niat dan amalan hibah di kalangan penjawat awam di Utara Semenanjung Malaysia. Responden kajian terdiri daripada guru-guru di sekolah-sekolah terpilih di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan instrumen soal selidik bagi memperoleh data kajian. Setelah memperoleh data, ia dianalisa menggunakan analisis regresi berganda. Kajian ini menunjukkan secara empirikal bahawa, bagi lapisan pertama semua pembolehubah tidak bersandar yang terdapat di dalam teori gelagat terancang dan model lima besar mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap pembolehubah niat untuk membuat hibah. Daripada sepuluh faktor yang diukur pada lapisan kedua di mana niat sebagai penengah, hanya satu faktor iaitu altruisme mempunyai hubungan antara niat sebagai penengah dan amalan hibah. Kajian ini menghasilkan satu model baru berdasarkan hasil penemuan kajian. Kajian ini mencadangkan bahawa pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan harta sama ada secara langsung atau tidak langsung perlu melipatgandakan usaha penerangan kepada masyarakat untuk meningkatkan kesedaran terhadap amalan hibah. Di samping itu perlunya undang-undang khusus untuk hibah digubal bagi menyatukan perbezaan pandangan mazhab bagi memudahkan perlaksanaan hibah di Malaysia. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Islam Antarabangsa, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.title Model gelagat dan personaliti terhadap amalan hibah : kajian di utara Semenanjung Malaysia en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account