Metodologi dakwah terhadap remaja

Show simple item record

dc.contributor.author Nur Ziehan Binti Ishak
dc.date.accessioned 2022-11-21T03:37:47Z
dc.date.available 2022-11-21T03:37:47Z
dc.date.issued 2021
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28707
dc.description.abstract Pelbagai masalah sosial yang melibatkan golongan remaja masa kini memerlukan proses pemulihan yang sesuai dengan menggunakan metodologi dakwah yang ada. Dalam Islam, dakwah adalah satu kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu muslim. Pelbagai pertubuhan diwujudkan dalam melaksanakan dakwah Islam dengan pelbagai metodologi yang diaplikasikan dalam gerak kerja mereka. Namun, dakwah dianggap seperti kurang berkesan apabila dilihat semakin meningkat kes gejala sosial yang melibatkan para remaja. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meneliti metodologi dakwah yang dilakukan oleh pertubuhan terutama Pertubuhan Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) Malaysia. Pertubuhan ini aktif dalam menyelesaikan masalah gejala sosial remaja terutama dengan cara dakwah lapangan. Pelbagai gerak kerja dilakukan bagi memastikan objektif mereka tercapai. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti metodologi dakwah yang dilakukan UNGGAS dan permasalahannya dalam mendepani masalah gejala sosial ini. Disamping itu juga, kajian ini turut mengenalpasti anjuran Al-Quran dan hadis berkaitan dakwah kepada remaja. Pelbagai persoalan kajian ditimbulkan bagi melengkapkan kajian ini. Kaedah temu bual responden dan pemerhatian digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa UNGGAS menggunakan pelbagai metodologi dakwah dalam gerak kerja mereka. Gerak kerja dalam UNGGAS dilihat dapat membantu masyarakat secara amnya untuk menangani masalah sosial. Wujud juga beberapa permasalahan dalam gerak kerja mereka tetapi dapat ditangani dengan baik. Walaubagaimanapun, sambutan masyarakat dilihat baik terhadap gerak kerja UNGGAS dalam mendepani masalah remaja.
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.subject Master en_US
dc.subject Kulliyyah of Usuluddin and Qur'anic Science en_US
dc.title Metodologi dakwah terhadap remaja en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account