Kelestarian Ijtihad dan Fatwa Bagi Menyantuni Isu Sumbangan Tidak Langsung Dalam Tuntutan Harta Sepencarian: Satu Penilaian Kritis Fiqh Harta

Show simple item record

dc.contributor.author Mus'ab Bin Yusof
dc.contributor.author Nur Sarah Tajul Urus
dc.contributor.author Umair Yusoff
dc.contributor.author Mohd Fauzi Md Thahir
dc.contributor.author Siti Nurul Husna Othman
dc.contributor.author Masyitah Mohd Zainon
dc.date.accessioned 2022-05-23T00:33:10Z
dc.date.available 2022-05-23T00:33:10Z
dc.date.issued 2021
dc.identifier.citation MyCite en_US
dc.identifier.issn 2232-1047
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28450
dc.description.abstract Isu kelestarian ijtihad dan fatwa untuk merungkai polemik dan menyantuni permasalahan sumbangan tidak langsung dalam tuntutan harta sepencarian telah menjadi isu penting pada hari ini. Pemilihan ijtihad dan fatwa yang tepat akan memastikan perbincangan secara kritis dalam hal ini dapat dipotretkan kepada masyarakat yang cakna ilmu. Terdapat banyak dapatan penulisan ilmu fiqah yang menyatakan kaedah utama dalam ijtihad dan fatwa yang digunakan fuqahak zaman silam dan kontemporari untuk melakar perbincangan yang menarik dalam isu yang diketengahkan ini, namun begitu dalam konteks sumbangan tidak langsung dalam tuntutan harta sepencarian, masih banyak yang perlu diperjelaskan. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengetahui kaedah ijtihad dan fatwa di dalam kitab fiqah yang diaplikasikan oleh para fuqahak dalam isu ini. Kajian ini berbentuk kualitatif di mana sejumlah 20 buah kitab turath telah diteliti dan difahami secara deskriptif. Kaedah pengumpulan utama yang digunakan ialah pembacaan dan analisis mendalam dan penilaian naratif telah digunakan untuk menganalisis dapatan yang diperoleh. Hasil analisis membuktikan bahawa sumbangan tak langsung yang berkait dengan hal ehwal rumah dan diluarnya, boleh dilakukan Akad al-Ijarah untuk si isteri layak mengambil upah tertentu mengikut pandangan jumhur. Ia berkaitan dengan jumlah terhad yang masih tertangguh pembayarannya dan dimasukkan ke dalam harta sepencarian. Kajian juga mendapati bahawa sumbangan tak langsung yang berkait dengan kerja luar rumah juga, boleh dilakukan Akad Syarikat al-Abdan mengikut pandangan mazhab alHanafiyyah dan boleh dikaitkan dengan jumlah keuntungan yang berkembang dan dimasukkan ke dalam harta sepencarian. Selain itu, Enakman Undang-Undang Keluarga Islam juga tidak mengkhususkan secara terperinci syarat-syarat pemilikan harta yang ditentukan oleh hukum syarak. Kajian ini mencadangkan supaya satu garis panduan dapat diterjemahkan dalam minda masyarakat Islam di Malaysia secara berterusan untuk memastikan polemik yang berkecamuk ini dapat diperjelaskan dan terjaga kemaslahatan yang ingin diperjuangkan. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher JFatwa Journal of Fatwa Management and Research en_US
dc.relation.ispartofseries Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa;Special Edition / Vol., 24/ No. 2
dc.subject Researchers en_US
dc.subject Ijtihad – Fatwa – Sumbangan Tidak Langsung – Harta Sepencarian – Fiqh Harta en_US
dc.title Kelestarian Ijtihad dan Fatwa Bagi Menyantuni Isu Sumbangan Tidak Langsung Dalam Tuntutan Harta Sepencarian: Satu Penilaian Kritis Fiqh Harta en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account