dc.contributor.author |
Mohd Sholeh bin Sheh Yusuff, Dr. |
|
dc.date.accessioned |
2022-05-19T03:36:15Z |
|
dc.date.available |
2022-05-19T03:36:15Z |
|
dc.date.issued |
2021-12-31 |
|
dc.identifier.citation |
MyCite |
en_US |
dc.identifier.uri |
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28441 |
|
dc.description.abstract |
Para ulama mendefinisikan peristiwa-peristiwa di sebalik penurunan ayat al-Quran sebagai sabab nuzul āyah. Pengetahuan mengenai sabab nuzul āyah ini merupakan suatu perkara penting yang perlu diketahui oleh masyarakat Islam khususnya para penuntut ilmu al-Quran. Syeikh Abd al-Rauf al-Singkili ketika menulis Tafsir Tarjuman al-Mustafid telah memuatkan data-data mengenai sabab nuzul āyah dalam menafsirkan ayat-ayat suci al-Quran. Walaupun begitu, beliau tidak menyatakan sumber-sumber rujukan yang jelas bagi data-data dan fakta-fakta yang dinyatakan itu. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti sumber-sumber rujukan mengenai data-data berkaitan sabab nuzul āyah yang terdapat dalam Tafsir Tarjuman al-Mustafid tersebut. Bagi mengetahui sumber data-data tersebut para pengkaji menggunakan pendekatan genetik dalam kajian bandingan yang diperkenalkan oleh Goldman (1967). Kajian ini juga hanya tertumpu kepadasurah al-Baqarah dalam Tafsir Tarjuman al-Mustafid sebagai satu usaha awal ke arah memperhalusi isi kandungan karya tersebut dan seterusnya akan dikembangkan kepada surah-surah yang lain. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tujuh buah karya yang menjadi rujukan Syeikh Abd al-Rauf al-Singkili ketika membahaskan sabab nuzul āyah dalam Tafsir Tarjuman al-Mustafid iaitu Tafsīr al-Jalālayn, Tafsīr al-Khāzin, Tafsīr al-Tha'labi, Tafsīr al-Wajiz, Tafsīr al-Baydāwi, Tafsīr Mujāhid dan Tafsīr al-Tabari. |
en_US |
dc.language.iso |
other |
en_US |
dc.publisher |
Asian Scholars Network |
en_US |
dc.relation.ispartofseries |
Jurnal Dunia Pendidikan;Vol. 3, No. 4, 285-292 |
|
dc.subject |
Researchers |
en_US |
dc.subject |
Tafsīr Tarjumān al-Mustafīd, sabab nuzul āyah, pendekatan genetik, Surah al-Baqarah |
en_US |
dc.title |
Penilaian Semula Sabab Nuzul Āyah dalam Tafsir Tarjuman Al-Mustafid Berdasarkan Pendekatan Genetik: Tumpuan Kajian Terhadap Surah Al-Baqarah |
en_US |
dc.type |
Article |
en_US |