Pengklasifikasikan Harta Isteri Berpekerjaan Sebagai Harta Sepencarian: Satu Analisis Hukum dari Perspekftif 'Urf

Show simple item record

dc.contributor.author Masyitah Mohd Zainon
dc.contributor.author Marina Abu Bakar
dc.contributor.author Saad Gomaa Gomaa Zaghloul
dc.contributor.author Nur Sarah Tajul Urus
dc.contributor.author Mus'ab Mohd Yusoff
dc.date.accessioned 2022-05-18T07:53:10Z
dc.date.available 2022-05-18T07:53:10Z
dc.date.issued 2021
dc.identifier.citation MyCite en_US
dc.identifier.issn 2232-1047
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28433
dc.description.abstract Di Malaysia, undang-undang mengiktiraf tuntutan harta sepencarian atas faktor perceraian, poligami atau kematian. Sebagai contoh, seksyen 122, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Kedah Darul Aman) 2008, jelas memperuntukkan berkenaan bidangkuasa Mahkamah dalam memerintah pembahagian harta sepencarian. Terdapat khilaf dalam kalangan para fuqaha’ berkaitan harta milik isteri berpekerjaan sepanjang perkahwinan dari aspek statusnya sebagai harta persendirian atau harta sepencarian. Namun, timbul masalah apabila terdapat situasi di mana sebahagian besar sumbangan rumahtangga adalah berpunca daripada harta isteri. Sumbangan ini dapat dilihat bermula daripada pembelian rumah, kereta, kos asuhan anak-anak yang menjadi sebahagian daripada tanggungan isteri. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengklasifikasian harta isteri berpekerjaan sebagai harta sepencarian yang berhak dituntut oleh suami dari perspektif syarak, dan seterusnya menganalisis pengiktifaran ‘Urf ke atasnya. Kajian ini adalah kajian kualitatif di mana data kajian dikumpul melalui kajian kepustakaan daripada kitab-kitab fiqh islami dan sumber undang-undang. Sementara itu, analisis data dilakukan menggunakan kaedah analisis kandungan melalui pendekatan deskriptif. Hasil kajian membuktikan bahawa ‘Urf mengiktiraf pengklasifikasian harta isteri berpekerjaan sebagai harta sepencarian. Walau bagaimanapun, bagi isteri yang berkerjaya dan telah menanggung segala keperluan tambahan, harta mereka diklasifikasikan sebagai harta yang tidak boleh dituntut oleh suami dalam harta sepencarian. Kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam tuntutan harta sepencarian seperti penggubal undang-undang dan institusi-institusi mahkamah untuk menilai pengklasifikasian harta isteri berpekerjaan sebagai harta sepencarian yang boleh dituntut oleh suami. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher JFatwa Journal of Fatwa Management and Research en_US
dc.relation.ispartofseries Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa;Special Edition / Vol. 24/ No. 2
dc.subject Researchers en_US
dc.subject Pengklasifikasian, Harta Isteri Berpekerjaan, Harta Sepencarian, ‘Urf en_US
dc.title Pengklasifikasikan Harta Isteri Berpekerjaan Sebagai Harta Sepencarian: Satu Analisis Hukum dari Perspekftif 'Urf en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account