Abstract:
Kompentensi profesional merupakan salah satu cabang perbincangan akademik yang khusus bagi pengurusan tanggungjawab profesional dalam kalangan kaunselor di Malaysia. Kompentensi ini lebih menjurus ke arah pembentukan prinsip-prinsip yang menentukan tingkah laku beretika serta amalan terbaik demi kemenjadian seorang kaunselor. Kajian ini dijalankan bagi memperincikan dapatan kajian bab 4 iaitu Competence to Pratice: Building and Maintaining a Foundation for Doing Good and Avoiding Harm dalam buku Ethic in Counseling and Psychotherapy oleh Elizabeth Reynolds Welfel serta Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor (Malaysia). Kajian ini menggunakan kaedah perbandingan dalam memperincikan data yang terdapat dalam teks kajian. Terdapat 2 kajian yang terpilih bagi analisi kajian ini. Setiap kajian yang dipilih memenuhi kriteria seperti definisi, tuntutan kod etika, pra syarat, faktor, langkah pencegahan yang hanya melibatkan kajian berkaitan kompentensi profesional. Keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa masih terdapat banyak perkara yang perlu diberikan perhatian terhadap kajian-kajian berkaitan isu utama etika dan kajian kes kompentensi. Kesimpulannya, kajian-kajian seterusnya berkaitan kompentensi profesional perlu dijalankan bagi memenuhi agenda perubahan dalam dunia kaunseling. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan bagi pengkaji akan datang bagi melakukan kajian lanjutan.