Abstract:
Penulis telah memilih tajuk "PERKAYA: Sejarah dan sumbangannya terhadap pendidikan anak yatim di Terengganu" sebagai tajuk latihan ilmiah. Kajian ini dibahagikan kepada lima bab. Bab partama, memaparkan pendahuluan, latar belakang masalah, pengenalan umum tentang PERKAYA, pengertian tajuk, rumusan masalah, tujuan penyelidikan, masalah kajian, metodologi dan susunan penulisan.
Bab kedua pula membicarakan tentang pengertian anak yatim, tuntutan berbuat baik terhadap mereka, harta anak yatim , perwalian ke atas diri anak yatim, zakat harta anak yatim, tanggungjawab pendidikan terhadap anak yatim, pendidikan terhadap anak yatim Terengganu dan peranan yang dimainkan oleh PERKAYA serta perhatian dari kerajaan negeri Terengganu terhadap anak yatim.
Dalam bab tiga penulis menjelaskan dengan lebih terperinci lagi tentang penggunaan metododologi di dalam penulisan. Pertamanya penulis memaparkan apakah pengertian metod tersebut. Selepas itu dijelaskan apakah jenis-jenis metod tersebut. Antara metod- metod tersebut ialah metod penentuan subjek, metod pengumpulan data dan metod analisa data dan penulisan.
Manakala dalam bab empat pula penulis membuat laporan atas apa yang diperolehi dari kajian yang dilakukan. Dan akhir sekali dalam bab lima penulis membuat kesimpulan terakhir terhadap apa yang diperolehi hasil dari kajian tersebut. Di samping itu penulis mengutarakan juga saranan-saranan tertentu untuk diambil perhatian.