Abstract:
Sek. Men. Agama Ittifakiah, Jerteh, Terengganu. Suatu Kajian Tentang Sejarah Dan Peranannya Dalam Pendidikan Islam Di Daerah Besut, Terengganu. Sekolah tersebut yang selepas ini hanya akan ditulis sebagai SMAIJ dipilih sebagai bahan kajian penulis kerana peranannya sebagai sebuah institusi yang amat popular di Daerah Besut. Oleh sebab itu, penulis merasakan masyarakat perlu mengenali sejarah dan peranan yang dimainkan olehnya.
Dalam kajian ini, penulis membahagikan penulisan ini kepada lima bab, iaitu; Bab Pertama: Pendahuluan; Bab Kedua: Landasan Teori; Bab Ketiga: Metodologi; Bab Keempat: Laporan Penyelidikan Dan Analisa Data; dan Bab Kelima: Penutup.
Oleh kerana penulis mengambil SMAIJ sebagai sampel kajian, maka penulis amat menitikberatkan Bab Keempat: iaitu Bab Laporan Penyelidikan Dan Analisa Data mengenai SMAIJ sendiri dengan tidak meninggalkan dan mengabaikan bab-bab yang lain.
Secara menyeluruh, cara penyelidikan yang penulis lakukan meliputi ‘library' dan 'field research’ yang secara jelasnya berbentuk observasi, dokumentasi, interview, soal selidik dan lain-lain.
Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa SMAIJ telah berjaya mencapai matlamat dan tujuan dalam pendidikan Islam secara umumnya. Terutamanaya dalam membentuk generasi yang mempunyai ilmu-ilmu Islam yang cemerlang.
Namun demikian, penulis mendapati masih terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu kepada langkah-langkah yang lebih agresif untuk memperbaikinya. Kelemahan-kelemahan tersebut disebabkan beberapa kaedah dan susunan pentadbiran yang tidak dapat menyempurnakan beberapa perkara menurut yang sepatutnya.
Kelemahan-kelemahan tersebut merangkumi; kegagalan dan ketidakupayaan pelajar menyebarkan risalah Islam yang dipelajari kepada masyarakat dan; semua pendidikan Islam yang dipelajari kepada masyarakat dan; semua aspek pendidikan Islam yang dipelajari di sekolah tidak hayati dengan sepenuhnya, terutamanya masalah aurat dan adab-adab Islam yang lain.