dc.description.abstract |
Mohd. Sanusi Bin Ya. "Penghayatan Islam di kalangan remaja: Satu tinjauan di jajahan Kota Bharu, Kelantan." Penulisan ini cuba meninjau tahap penghayatan Islam golongan remaja di jajahan Kota Bharu. Ianya melibatkan remaja yang masih belajar, yang sedang bekerja dan yang masih mengganggur.
Bab Pertama: Merupakan muqaddimah kepada perbincangan di dalam bab seterusnya. Penulis membicarakan tentang latar belakang masalah penyelidikan dengan memperkenalkan negeri Kelantan secara ringkas. Penulis mengkhususkan satu jajahan sahaja iaitu jajahan Kota Bharu sebagai sasaran kajian dengan menyentuh aspek kehidupan sosial, kemudahan asas, pendidikan dan keagamaan di jajahan ini. Di dalam bab ini juga mengandungi pengertian tajuk, rumusan masalah, tujuan kajian, metodologi dan susunan penulisan.
Bab Kedua: Bab ini mengandungi landasan teori yang dirakumkan di dalamnya huraian tentang remaja, tumpuan Islam terhadap golongan remaja, masalah remaja masakini, pembinaan remaja menurut perspektif Islam, peranan masyarakat dalam penghayatan Islam dan di akhiri dengan mengemukakan Islam sebagai satu hidup atau "the way of life".
Bab Ketiga: Mengandungi metod-metod penulisan yang digunakan oleh penulis sepanjang penyelidikan ini.
Bab Keempat: Membentangkan laporan-laporan penyelidikan dan penganalisaan data-data yang diperolehi.
Bab Kelima: Merupakan bab terakhir di dalam penulisan ini, mengandungi kesimpulan-kesimpulan kepada perbincangan yang telah dibentangkan serta saranan-saranan kepada semua yang terlibat dengan golongan remaja. |
en_US |