dc.description.abstract |
Remaja Di Kawanan Rantau Panjang Kelantan: Satu Kajian Khusus Tentang Pengaruh-Pengaruh Dari Thailand, inilah tajuk pilihan penulis.
Penulis bercenderung memilih tajuk ini untuk meninjau sejauh manakah pengaruh-pengaruh yang datang dari luar terutamanya dari Thailand boleh memberikan kesan positif dan juga negatif kepada golongan remaja.
Peringkat remaja merupakan satu peringkat yang mesti dilalui oleh setiap insan. Di peringkat inilah mereka menghadapi berbagai-bagai masalah seperti masalah emosi yang tidak seimbang, masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan sebagainya.
Mereka juga sering terpengaruh dengan sesuatu perkara yang asing dan cepat menerima tanpa mengira baik buruknya.
Dalam usaha untuk mendapatkan data-data yang diperlukan, penulis menggunakan metode-metode berikut:
a. Metode historis iaitu mengumpulkan data-data dari bahan yang mengandungi unsur sejarah.
b. Metode dokumentasi yang terdiri dari buku-buku, majalah-majalah dan akhbar.
c. Metode interview, beberapa orang responden ditemui untuk mendapatkan maklumat.
d. Metode observasi iaitu pemerhatian yang dilakukan terhadap objek penelitian, termasuk dalam metode ini ialah pengalaman peribadi penulis.
e. Metode questioner iaitu soal selidik yang dilakukan dengan mengedarkan senarai soalan untuk dijawab oleh beberapa orang remaja yang menjadi responden di daerah yang menjadi fakus kajian.
Setelah semua data dapat dikumpul, kemudian penulis dianalisa untuk penganalisaan tersebut penulis menggunakan metode-netode berikut:
a. Metode induktif
b. Metode deduktif
c. Metode komparatif
Kita tidak boleh memandang pengaruh asing dari sudut negatif semata-mata kerana sebagai satu kelompok yang hidup bermasyarakat tidak dapat tidak kita mesti menerima pengaruh asing. Dalam menerima pengaruh asing kita mestilah pandai menilai manakah yang menguntungkan dan manakah yang merosakkan, bak kata pepatah 'yang baik hendaklah dijadikan tauladan, yang buruk hendaklah dijadikan sempadan’. |
en_US |