Abstract:
Pengajaran tawhid merupakan suatu bidang ilmu asas Islam yang masih mendapat perhatian daripada pengunjung setia masjid-masjid di daerah Muar Johor. Program ini telah dilaksanakan semenjak negara masih belum mencapai kemerdekaan lagi. Dalam tempoh hampir setengah abad kuliah ini masih mampu bertahan dan mengekalkan sambutan orang ramai terhadapnya. Perlaksanaan pengajaran ini bertujuan untuk melahirkan individu muslim berkualiti yang mempunyai aqidah yang benar-benar mantap dan kental bagi menempuhi sebarang cabaran dalam alaf baru. Justeru kuliah pengajaran tawhid yang sedang beroperasi sekarang merupakan medan wacana ilmu ke arah melahirkan individu yang dimaksudkan. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat secara dekat penggunaan masjid secara maksimum dalam usaha menyebarluaskan pengajaran agama terutama yang berkaitan dengan tawhid. Di samping itu kajian ini juga berusaha untuk mengenalpasti sambutan orang ramai dan keberkesanan perlaksanaannya di Muar. Tumpuan kajian diberikan kepada sumber rujukan, kaedah penyampaian, peranan ahli jawatankuasa masjid, pendengar dan masyarakat Islam setempat ke arah meningkatkan kehadiran para jemaah dari semasa ke semasa. Kajian ini diakhiri dengan mengemukakan cadangan-cadangan untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa agama negeri ke arah memantapkan lagi perjalanan program pengajaran tawhid untuk masa akan datang.
Tawhid is a popular discipline on basic religious knowledge which has attracted a large number of peoples among the Muslim who thronged the mosques in Muar District which conducted classes on the subject. The teaching of this subject has been going since the pre-independence days and its popularity has not waned despite the fact that the program has been running for almost half a century. The teaching of tawhid is aimed toward the development of Muslim individuals with strong religious belief and commitments (aqidah) and capable of meeting the challenges of the new millenium. The tawhid classes conducted at these mosques are specifically tailored toward achleving this aim. The aim of this study is to closely observe on the role of mosques as a centre for the dissemination of religious knowledge particularly in the teaching of tawhid. The study will also try to determine the extent of popularity of the program and the effectiveness of ist implementation in Muar. The focus of the study will be on the sources of reference used, methods of instruction and the role played by the mosques committees, congregations and the general Muslim population in the area in ensuring the continuing success and popularity of the program. The study will be concluded with a list of recommendations to be made the state religious authority on the steps to be taken to improve the program in the future.