Abstract:
Perkahwinan merupakan suatu ikatan suci lahir dan batin di antara lelaki dengan perempuan yang terangkum di dalamnya pelbagal hikmah yang memenuhi tuntutan ruhani dan jasmani manusia. Justeru, setiap individu perlu berusaha untuk menuju ke arahnya demi untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah 'Azza wa Jalla.
Dalam usaha untuk mendirikan sebuah rumahtangga, perlulah diteliti terlebih dahulu calon istenī atau suami berkenaan supaya tidak menyesal di kemudian hari. Latihan ilmiah ini membuka ruang pemikiran dan memberi kesedaran tentang peri pentingnya memilih jodoh yang baik dan memberi panduan yang berguna ke arah tersebut.
Hal ini perlu dititikberatkan oleh semua golongan termasuklah anak-anak, ibu bapa dan masyarakat supaya dapat melahirkan generasi yang bertaqwa dan berguna untuk agama, bangsa dan negara.