Penglibatan Wanita Dalam Sektor Perniagaan Menurut Perspektif Islam: Satu Kajian Khusus Di Kota Bharu Kelantan.

Show simple item record

dc.contributor.author Norli Sulaiman
dc.date.accessioned 2021-12-19T03:31:41Z
dc.date.available 2021-12-19T03:31:41Z
dc.date.issued 1992
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28065
dc.description.abstract Norli Sulaiman "Penglibatan Wanita Dalam Sektor Perniagaan Menurut Perspektif Islam. Satu Kajian Khusus Di Kota Bharu”. Kertas Projek, Kuala Lumpur: Akademi Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1992. Persoalan tentang penglibatan kaum wanita dalam bidang perniagaan pada zaman sekarang ini begitu hangat diperkatakan. Ini adalah kerana penglibatan mereka dalam bidang ini adalah amat menggalakkan. Di mana-mana jua akan didapati kaum wanita yang menjalankan kegiatan ini, samada mereka dari golongan tua atau muda. Dan perniagaan bukanlah sahaja dikhususkan untuk kaum lelaki. Masalahnya apakah penglibatan wanita dalam perniagaan tidak bercanggah dengan hukum hakam Islam. Untuk itu, kerana didorong oleh persoalan yang timbul, maka penulis cuba membuat suatu penyelidikan kepada masalah ini iaitu; Penglibatan Wanita Dalam Sektor Perniagaan Menurut Perspektif islam. Satu Kajian di Kota Bharu Kelantan. Masalah-masalah yang menjadi pokok penelitian dalam kajian ini ialah: 1. Mendapatkan maklumat sebenar mengenai penglibatan wanita dalam sektor perniagaan di bandar Kota Bharu. 2. Mengetahui dari pandangan Islam tentang penglibatan wanita dalam sektor perniagaan. 3. Mengetahui tentang peranan yang dimainkan oleh para peniaga wanita di Kota Bharu dalam meningkatkan ekonomi Negeri Kelantan dalam sektor perniagaan. Untuk memberi jawatan kepada masalah-masalah ini, maka penulis telah memilih bandar Kota Bharu sebagai sample penyelidikan. Metod-metod yang digunakan di dalam penyelidikan ilmiah ini ialah metod historis, metod dokumentasi, interview dan observasi. Hasil daripada penyelidikan ini menunjukkan: 1. Kebanyakan wanita yang terlibat dalam perniagaan adalah berumur 41 tahun ke atas, dan pada usia tersebut mereka matang serta berusaha bersungguh-sungguh menguruskan perniagaan. 2. Islam tidak mengharamkan wanita bekerja di luar runsh, tetapi Islam tidak pula menggalakkan wanita melakukan kerja-kerja yang bertentangan dengan sifat semulajadi wanita itu. Islam membenarkan wanita melibatkan diri dalam bidang perniagaan selagi mereka tidak melanggar hukum Islam. Dan usaha mereka mencari rezeki dengan cara yang halal adalah diterima oleh syarak. 3. Didapati bahawa peranan yang dimainkan oleh peniaga wanita di dalam meningkatkan ekonomi Negeri Kelantan ialah mereka samada berada di negeri sendiri maupun hidup di rantau orang, mereka tetap menjalankan perniagaan tidak kira secara kecilan atau besaran. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Fakulti Usuluddin Akademi Islam Universiti Malaya en_US
dc.subject Final Year Project Papers & Reports en_US
dc.title Penglibatan Wanita Dalam Sektor Perniagaan Menurut Perspektif Islam: Satu Kajian Khusus Di Kota Bharu Kelantan. en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account