Perkembangan Dakwah Islamiah Di Sarawak : Satu Kajian Tentang Metodologi Dakwah

Show simple item record

dc.contributor.author Adana Bin Haji Jed
dc.date.accessioned 2021-12-16T03:35:55Z
dc.date.available 2021-12-16T03:35:55Z
dc.date.issued 1992
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28061
dc.description.abstract Tulisan ini merupakan kajian ilmiah mengenai perkembangan dakwah Islamiah di Sarawak dan metodologi yang dipraktikkan oleh pendukung gerakan tersebut. Berdasarkan ciri-ciri tertentu, penulis telah memilih Bandaraya Kuching sebagai lokasi kajian mengikut kaedah sampling. Secara keseluruhannya, latihan ilmiah ini mengketengahkan beberapa perkara seperti berikut: i. Corak Perkembangan Islam di Sarawak. ii. Institusi dan individu dakwah yang berperanan. iii. Metode dakwah yang diamalkan dalam gerakan. iv. Kumpulan sasaran dan penyesuaian metode menurut kepelbagaian ciri yang terdapat pada mereka. v. Metode dakwah dalam arus perkembangan teknologi dan tuntutan masa. vi. Kerjasama antara pendukung gerakan dakwah. vii. Program yang dilaksanakan oleh pendakwah. viii. Kejayaan yang dicapai. ix. Masalah-masalah yang merintangi pergerakan dakwah. Penulis telah membahagikan kajian ini kepada lima bab: Bab Pertama (Pendahuluan) - Dalam bab ini, penulis memaparkan keadaan geografi negeri Sarawak, sorotan sejarah kemasukan Islam di rantau ini (termasuk Sarawak) dan definisi tajuk mengikut pemakaiannya dalam kajian ini. Seterusnya diiringi pula dengan rumusan masalah, tujuan penulisan, metodologi penyelidikan dan sistematika penulisan. Bab Kedua (Landasan Teori) - Dalam bab ini penulis mengalih perbincangan kepada dakwah Islamiah menyentuh tentang definisi, hokum, matlamat, sasaran dan metode yang terdiri daripada mesej, wasail dan uslub dakwah Rasulullah s.a.w. Bab Ketiga – Dalam bab ini pula, penulis melaporkan beberapa data mengenai subjek kajian. Ianya dimulai dengan huraian mengenai M.I.S diikuti pula dengan BAHEIS. B.I.N.A dan pendawah bebas. Perbincangan ini menyentuh tentang penubuhan, bidang kuasa, bahagian dakwah dan metode yang dipakai dalam gerakan dakwah. Bab Keempat - Di dalam bahagian ini, penulis telah mengaitkan gerakan dakwah dengan keadaan geografi negeri Sarawak dan fakta-fakta sejarah. Penulis juga membuat perbandingan metode dakwah Rasulullah s.a.w dengan metode dakwah subjek kajian. Secara kasar, bab ini cuba menghubungkaitkan data-data yang telah dikemukakan dalam bab-bab sebelum ini. Bab Kelima - Dalam bab ini penulis muatkan dengan kesimpulan yang akan menjawab persoalan yang digariskan dalam rumusan masalah, kemudian penulis mengemukakan beberapa saranan bagi mengemaskini dan menjayakan lagi gerakan dakwah di Sarawak. Akhirnya penulis menutup kajian ini dengan selaut harapan dan doa. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Fakulti Usuluddin Akademi Islam Universiti Malaya en_US
dc.subject Final Year Project Papers & Reports en_US
dc.title Perkembangan Dakwah Islamiah Di Sarawak : Satu Kajian Tentang Metodologi Dakwah en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account