Abstract:
Bab Pertama - di dalan bab ini, penulis menyentuh tentang latarbelakang masalah iaitu berkenaan idea penubuhan dan objektif penubuhan Unit HELWA. Dalam bab ini juga dijelaskan tentang pengenalan umum Unit HELWA dari segi sejarah penubuhan, peranan dan matlamat yang ingin dicapainya. Selain dari itu bab ini juga mengandungi pengertian tajuk, tujuan penyelidikan dan penulisan, masalah kajian dan sistematika penulisan.
Bab Kedua - ia mengandungi landasan teori. Di antara perkara yang digariskan ialah struktur HELMA dan turut juga dinyatakan senarai ahli jawatankuasa tetapnya. Ia juga menerangkan objektif dasar pembentukan Unit HELWA serta permasalahan yang dihadapi olehnya. Seterusnya dalam bab ini juga turut dijelaskan mengenai kedudukan wanita dan kepimpinan serte kerjasama unit ini dengan lain-lain badan wanita.
Bab Ketiga - bab ini memaparkan tentang komposisi wanita di Malaysia. Ia meliputi wanita Islam dan bukan lalam. Bab ini juga turut menerangkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh, bidang pendidikan dan tanggungjawab kekeluargaan. Ia juga turut memaparkan statistik-statistik yang menjelaskan penglibatan wanita dalan perkara tersebut.
Bab Keempat - bab ini mengandungi laporan penyelidikan dan analisa data. Analisa yang dibuat mengenai kejayaan unit ini melaksanakan programnya. Penulis juga membuat analisa tentang keperbagaian aktiviti yang diadakan oleh unit ini. Di sini penulis menjelaskan secara terperinci setiap aktiviti yang diadakan dalam mendidik dan memberi maklumat kepada kaum wanita. Dalam bab ini juga penulis memaparkan tentang visi unit ini menjelang tahun 2020 khususnya perancangan aktiviti dan objektif yang ingin dicapai.
Bab kelima - ia merupakan bab yang terakhir di dalan penulisan ini. Ia mengandungi kesimpulan terhadap kajian yang dilakukan, saranan-saranan yang difikirkan dapat memperkemaskan lagi unit ini terutamanya dalam mendidik dan memberi maklumat kepada kaum wanita Islam dan akhirnya penutup.