Konsep Zuhud Di Dalam Islam

Show simple item record

dc.contributor.author Noh Bin Bro @ Yusop
dc.date.accessioned 2021-12-16T02:00:31Z
dc.date.available 2021-12-16T02:00:31Z
dc.date.issued 1990
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28058
dc.description.abstract Zuhud sewajarnya diamalkan dan diambilkira bagi semua umat Islam dewasa ini, lebih-lebih lagi untuk mengimbangi antara kehendak-kehendak jasmani dan rohani. Zuhud adalah berfungsi untuk menjaga hati manusia agar tidak lalai dari mengingati Allah di dalam menempuh arus gelombang kemajuan kebendaan. Ini bukanlah bermaksud manusia meninggalkan dan melarikan diri dari realiti kehidupan moden, tetapi adalah untuk menimbulkan kesedaran dan keinsafan diri dalam mengecapi nikmat Allah yang tidak terhingga di samping mencari keredaanNya, tidak kira apa juga taraf hidup seseorang itu, kaya atau miskin. Justeru itu, penulis telah membahagikan kajian ilmiah ini kepada lima bab dalam usaha membincangkan tajuk ini. Dalam bab pertama penulis telah membincangkan tentang tujuan kajian, iaitu antara lain untuk memenuhi syarat penuntut tahun akhir untuk mendapatkan gelaran Sarjana Muda. Penulis juga menerangkan sedikit sebanyak mengenai masalah yang dihadapi oleh penulis dalam menyiapkan kajian ini, tentang metodologi yang digunakan dan latarbelakang mengenai tajuk ini. Di dalam bab kedua pula, penulis telah membincangkan mengenai pengertian zuhud samada pandangan ulama syariat dan ulama sufi secara ringkas. Setelah itu dibincaangkan pula tentang kedudukan zuhud di dalam Islam (al-Qur'an dan al hadis) serta hubungannya dengan rahbaniah dan tasawuf, juga dipaparkan juga pandangan para orientalis terhadap zuhud. Di dalam bab ini juga disertakan juga sejarah para nabi dan rasul, sahabat dan para ulama seberapa ringkas yang termampu sebagai contoh pengamalan zuhud dikalangan mereka. Di dalam bab ketiga ini, dijelskan dengan lebih panjang tentang penggunaan metod kajian dilakukan. Di dalam bab keempat diterangkan pula mengenai pelaksanaan zuhud, kedudukan zuhud terhadap kefakiran, kekayaan dan salah faham terhadap zuhud itu sendiri. Kelebihan dan keutamaan zuhud juga ada disertakan di bab ini. Di dalam bab ini juga diterangkan bagaimana kehidupan zuhud terhadap kefakiran, adakah fakir itu melambangkan kezuhudan? Ataupun orang zuhud itu seharusnya menolak keduniaan secara mutlak dan meningggalkan usaha keduniaan? Di manakah tempat zuhud itu seharusnya berada? Seterusnya bab kelima, iaitu bahagian terakhir dalam pengkajian ilmiah ini. Penulis memaparkan beberapa kesimpulan - kesimpulan yang terdahulu. Terdapat beberapa saranan yang ditujukan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menjelaskan konsep zuhud ini agar masyarakat lebih jelas dan mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Inilah di antara "pokok persoalan yang dapat dikemukan oleh penulis di dalam pengkajian ini, yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini akan mendapat ganjaran dan dikira sebagai amal yang diterima Allah s.w.t. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Fakulti Usuluddin Akademi Islam Universiti Malaya en_US
dc.subject Final Year Project Papers & Reports en_US
dc.title Konsep Zuhud Di Dalam Islam en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account