dc.description.abstract |
Siti Zuraida Binti Sabtu. "Sifat 20: Kepentingannya Terhadap Ketahanan Umat Islam, Satu Kajian Di Daerah Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus." Kertas Projek, Sesi 1998/99.
Penulisan ilmiah ini adalah berdasarkan di atas penyelidikan ke atas satu kelompok masyarakat tentang keprihatinan mereka dalam mempelajari segala sifat-sifat Allah, khasnya Sifat 20. Penyelidikan ini mengandungi lima bab.
Bab 1: Bab ini adalah berkenaan dengan keadaan latar belakang kawasan kajian penulis serta beberapa aspek penting yang berkaitan yang memainkan peranan di dalam perjalanan satu-satu kajian.
Bab II: Seterusnya di dalam bab ini, penulis akan menjelaskan pula serba sedikit perkara yang berkaitan dengan perkembangan pengajian akidah terutama yang menyentuh tentang Sifat 20. lanya bermula dari zaman Rasulullah hingga ke zaman sahabat. Turut dikemukakan ialah perkara yang berkaitan dengan pembahagian Sifat 20.
Bab III: Sementara itu di dalam bab ini pula akan dipaparkan pandangan-pandangan beberapa tokoh penting yang telah membincangkan perkara yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah dengan panjang lebar. Diikuti pula beberapa dalil penting bagi menjamin akan kebenaran perkara yang diperbincangkan.
Bab IV: Dalam kemuncak penulisan dan penyelidikan ini, dijelaskan pula analisa-analisa penting hasil daripada kajian yang dilakukan. Hasil daripada penganalisaan ini penulis dapat mengemukakan kesimpulan yang berkaitan dengan tajuk. Di samping itu beberapa perkara yang berkaitan dengan aktiviti keagamaan turut disertakan.
Bab V: Bab ini adalah merupakan penutup kepada kajian yang dilakukan oleh penulis. Antara perkara-perkara yang dimuatkan ialah kesimpulan, saranan dan penutup.
Penulisan ini merupakan sumbangan penulis terhadap Islam bagi membantu umatnya memahami akan hakikat kejadian diri mereka serta mengagungkan akan kebesaran penciptanya.
Siti Zuraida Binti Sabtu
Bahagian Pengajian Usuluddin
Universiti Malaya
Kuala Lumpur. |
en_US |