Abstract:
Fatahiah Bt Abdul Patah: Amalan Khurafat Di Kalangan Masyarakat Islam: Kajian Di Machang, Kelantan.
Tujuan Latihan Ilmiah ini ditulis untuk memenuhi syarat bagi mendapat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Sesi 1998/99.
Penulis telah menulis tajuk di atas kerana untuk mengetahui sejauh mana amalan khurafat masih diamalkan di kalangan masyarakat Islam hari ini yang tertumpu di jajahan Machang serta pandangan Islam mengenai perkara tersebut.
Bagi melihat secara keseluruhan tentang tajuk ini, penulis membahagikan kajian ini kepada lima bab di samping tajuk-tajuk kecil dalam setiap bab.
Bab pertama merupakan bab pendahuluan di mana penulis menerangkan tentang latar belakang masalah yang meliputi sejarah asal-usul Kelantan dan latarbelakang kawasan kajian. Di samping itu juga penulis mengemukakan pengertian tajuk, tujuan penyelidikan, metodologi penyelidikan dan juga sitematika penulisan.
Dalam bab kedua, penulis membincangkan tentang definisi khurafat dan kaitannya dengan syirik. Begitu juga penulis membincangkan berkenaan dengan hikmat pengharaman khurafat dan pengaruhnya terhadap akıdah masyarakat Islam.
Bab ketiga pula, penulis telah mengupas sejarah timbulnya khurafat di zaman jahiliah, zaman Rasulullah s.a.w. dan bagaimana ianya boleh wujud dalam masyarakat Melayu. Di samping itu juga penulis cuba membawakan bentuk-bentuk pengamalan khurafat di zaman jahiliah dan masyarakat hari ini serta membuat perbandingan antara keduanya. Penulis juga membincangkan pandangan Islam mengenainya.
Bab keempat, penulis telah membentangkan laporan penyelidikan dan analisa data mengenai amalan khuratat di kalangan masyarakat Islam hari ini.
Bab kelima merupakan bab terakhir dan penutup bagi kajian ini. Dalam bab ini, penulis membuat kesimpulan dan rumusan serta mengutarakan saranan dan cadangan sebagai mengakhiri penulisan ini.