Abstract:
Zool Hilmi Suhaimi: Gejala Sosial Remaja Dan Penyelesaiannya Berdasarkan Surah Luqman. Kertas Projek, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998.
Gejala sosial remaja masa kini merupakan isu yang paling penting hangat diperkatakan. Penyakit ini kiranya tidak dibendung pasti akan memusnahkan masa depan negara kerana generasi muda sekarang merupakan aset negara yang paling penting untuk kemajuan keluarga, bangsa dan negara.
Salah satu faktor munculnya perkara tersebut kerana sikap ibu bapa yang tersilap dalam membentuk peribadi anak-anak. Seandainya seseorang itu mempunyai keperibadian yang kuat dan kental sudah pasti mereka tidak akan dihinggapi penyakit sosial.
Penulis terpanggil untuk menulis tajuk ini kerana berpendapat bahawa cara telah digunakan untuk cuba menyelesaikan masalah tersebut, tetapi masih kurang berkesan. Maka penulis telah cuba membawakan pendekatan al-Quran dalam menangani masalah ini.
Al-Quran merupakan sumber rujukan utama dalam hukum Islam. Selain itu di dalamnya mengandungi berbagai-bagai elemen seperti perkara-perkara akidah, akhlak, ibadah dan sebagainya, pendek kata ia merangkumi setiap kehidupan umat manusia.
Maka, penulis berpendapat apa salahnya penulis cuba mengambil segala pengajaran yang terdapat dalam al-Quran terutamanya surah Luqman khususnya penulis hanya akan membincangkan ayat-ayat 13 hingga 19 sahaja dalam kajian ini.
Akhimya, penulis berharap kajian ilmiah ini akan dijadikan panduan yang sewajarnya dalam menyelesaikan masalah-masalah remaja. Semoga Allah memberkati usaha ini. Sekian.