Pengajian Akidah Di Bahau Negeri Sembilan; Satu Penilaian Dari Sudut Keberkesanannnya

Show simple item record

dc.contributor.author Nor Hizad binti Hasan
dc.date.accessioned 2021-12-14T08:32:43Z
dc.date.available 2021-12-14T08:32:43Z
dc.date.issued 1999
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28048
dc.description.abstract NOR HIZAD BT. HANAN: Pengajian Akidah di Bahau Negeri Sembilan, Satu Penilaian Dari sudut Keberkesanannya: Latihan Ilmiah: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam: Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam: Universiti Malaya Kuala Lumpur. Dalam Kajian Ilmiah ini, penulis cuba membuat penilaian terhadap keberkesanan pengajian akidah yang dilaksanakan Bahau berdasarkan perlaksanaan pengajian akidah pada zaman Rasulullah s.a.w dan kepentingan akidah Islam maryarakat Islam Bahau. Penulis telah membahagikan perbincangan dalam kajian ini kepada lima bab:- Bab Pertama mengutarakan latar belakang tempat dan sejarah kawasan kajian iaitu Bahau, Jempol, Negeri Sembilan. Dalam bahagian juga dibicarakan pengertian tajuk, rumusan masalah, tujuan dan metodologi penyelidikan serta sistematika penulisan sebagai pembuka perbincangan kajian ilmiah ini. Bab kedua merupakan huraian berhubung dengan konsep akidah Islam yang sebenar. Perbincangan dalam bab ini mencakupi pengertian akidah, pengertian Islam dan pengertian akidah Islam untuk dikaitkan dengan kajian ini. Dalam bab ini juga dibincangkan perkara-perkara konsep seperti ciri-ciri akidah Islam, asas-asasnya, kedudukan akidah dalam Islam dan juga kepentingan akidah Islam itu sendiri. la adalah bagi mempermudahkan penganalisian dilakukan. Seterusnya dalam bab ketiga, penulis membicarakan tentang asas pengajian akidah Islam. Dalam tajuk ini penullis turut membincangkan kepentingan dan peranan pengajian akidah Islam dalam membina peribadi dan maryarakat muslim. Selain itu ia juga memfokuskan kepentingan dan peranan akidah dalam melahirkan kepimpinan Islam. Pengajian akidah juga penting dalam mengembalikan umat kepada ajaran Islam yang sebenar. Seterusnya membincangkan tentang sumbangan pengajian akidah pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat kepada aspek politik, ekomomi, sosial dan perundangan. Selain itu bab ini turut menyentuh keberkesanan pengajian akidah di zaman Rasulullah dan sahabat di samping sedikit perbincangan mengenai pengajian akidah dalam pendidikan di Malaysia. Bab keempat merupakan ruang bagi penulis mengemukakan dan menilai tentang kefahaman akidah Islam di kalangan masyarakat Bahau. Dalam bab ini juga penulis melihat keberkesanan rancangan agama yang diadakan oleh kelas pengajian akidah Bahau. Data-data mengenai bab diperolehi daripada responden berdasarkan temubual dan observasi. Bab kelima adalah kesimpulan akhir bagi kajian ilmiah yang dilakukan oleh penulis. la merangkumi kesimpulan daripada bab-bab yang dah dibincangkan sebelum ini. Bab ini juga turut mengandungi saranan penulis kepada pihak kerajaan dan masyarakat Islam dalam meninggikan kedudukan kelas pengajian akidah di Bahau. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur en_US
dc.subject Final Year Project Papers & Reports en_US
dc.title Pengajian Akidah Di Bahau Negeri Sembilan; Satu Penilaian Dari Sudut Keberkesanannnya en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account