Penjagaan Anak-anak Yatim Menurut Al-Quran: Satu Tinjauan Di Darul Falah, Bukit Payong, Terengganu

Show simple item record

dc.contributor.author Roziah binti Awang
dc.date.accessioned 2021-12-14T07:29:15Z
dc.date.available 2021-12-14T07:29:15Z
dc.date.issued 1999
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28047
dc.description.abstract Roziah Binti Awang, Penjagaan Anak-Anak Yatim Menurut Al-Quran: Satu Tinjauan Di Darul Falah, Bukit Payong, Terengganu. Latihan Ilmiah; Kuala Lumpur, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, sesi 1998/99. Latihan ilmiah ini bertujuan untuk memenuhi salah satu syarat bagi melayakkan penulis mendapat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kajian latihan ilmiah ini adalah mengenai penjagaan anak-anak yatim seperti yang dianjurkan oleh al-Quran. Selain daripada itu, penulis juga membuat kajian di Rumah Kebajikan Anak Yatim Darul Falah, Bukit Payong, Terengganu. Di dalam bab yang pertama, penulis menjelaskan mengenai Iatar belakang masalah kajian serta memberi pengertian terhadap tajuk latihan ilmiah ini. Selain itu, penulis juga menyatakan mengenai perumusan masalah skop kajian, tujuan dan objektif kajian serta metodologi penyelidikan. Dalam bab kedua pula, penulis mengupas mengenal anak-anak yatim dalam Islam. Secara terperinci, penulis menyatakan tentang perbezaan di antara anak-anak yatim dan kedudukan mereka semasa jahiliah dan selepas kedatangan Islam. Juga dinyatakan tentang hokum menggunakan anak-anak yatim. Menerusi bab ketiga, secara umumnya penulis membicarakan mengenai penjagaan anak-anak yatim menurut al-Quran. Dalam bahagian ini diterangkan mengenai hak-hak penjagaan ke atas anak-anak yatim yang perlu ditunaikan oleh para penjaga mereka. Selain dari itu, turut dinyatakan juga mengenai pendidikan dan pengendalian harta-harta mereka. Manakala di dalam bab keempat pula, penulis menjelaskan mengenai proses penjagaan anak-anak yatim di Darul Falah. Secara terperincinya, dinyatakan mengenai pengurusan dan pentadbirannya, penghuninya serta sumber kewangan. Di sini juga diterangkan mengenai aktiviti-aktiviti, kemudahan dan layanan, masalah yang dihadapi dan kesan penjagaan ke atas anak-anak yatim Darul Falah. Dalam bab yang terakhir iaitu bab kelima, penulis membuat kesimpulan dan saranan yang berkaitan dengan penjagaan anak-anak yatim ini. Secara keseluruhannya penyelidikan terhadap penjagaan anak-anak yatim ini meliputi proses penjagaan yang telah ditetapkan oleh Allah dan juga realiti yang terdapat di dalam masyarakat kita pada masa kini. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur en_US
dc.subject Final Year Project Papers & Reports en_US
dc.title Penjagaan Anak-anak Yatim Menurut Al-Quran: Satu Tinjauan Di Darul Falah, Bukit Payong, Terengganu en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account