Abstract:
Konsep Rezeki Menurut Perspektif slam, Latihan Ilmiah: Kuala Lumpur, Bahagian Pengajan Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Sesi 1998/99.
Keperluan umat Islam untuk memenuhi segala tuntutan kehidupan boleh mendorong mereka ke arah pencarian rezeki yang haram sekiranya tidak ada pegangan agama yang kuat. Umat Islam tidak dapat memikirkan baik dan buruk tentang sesuatu perkara. Apa yang penting bagi diri mereka ialah kesenangan dan kemewahan. Segala nikmat rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. tidak dihayati dan disyukuri sepenuhnya oleh mereka. Bahkan ada sebahagian daripada umat Islam menganggap bahawa rezeki yang mereka peroleh adalah hasil daripada titik peluh mereka sendiri bukannya daripada Allah s.w.t.
Justeru itu, penulis merasakan perlunya penjelasan dan penerangan kepada umat Islam seluruhnya tentang konsep rezeki yang sebenarnya menurut Islam. Semoga segala usaha dan amal yang dilakuan akan mendapat manfaat dan keberkatan daripada Allah s.w.t.