Pendekatan Mediasi dalam Tuntutan Hadanah : Kajian di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang

Show simple item record

dc.contributor.author Nadia Murshida Abd Azzis
dc.contributor.author Alias Azhar
dc.date.accessioned 2021-07-28T03:32:33Z
dc.date.available 2021-07-28T03:32:33Z
dc.date.issued 2018-07-01
dc.identifier.citation Azzis, N. M. bt A., & Azhar, A. bin. (2018). Pendekatan Mediasi Dalam Tuntutan Hadanah: Kajian Di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang. International Journal of Law, Government and Communication, 3(9), 36–45. en_US
dc.identifier.issn eISSN: 0128-1763
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/25517
dc.description.abstract Mediasi adalah merupakan salah satu kaedah penyelesaian pertikaian alternatif yang telah diamalkan secara meluas di negara luar bagi isu komersial dan kekeluargaan di samping kaedah-kaedah lain seperti arbitrasi dan mediasi-arbitrasi (arb-med). Disiplin perbicangan kaedah Mediasi dilihat sesuai untuk diterapkan dalam penyelesaian tuntutan mal di Mahkamah Syariah melalui sidang Majlis Sulh. Majlis Sulh telah dijalankan pada tahun 2001 sehingga kini dengan merujuk kepada Manual Kerja Sulh dan Kaedah Tatacara Sulh Negeri-Negeri. Keberkesanan Majlis Sulh ini dapat dibuktikan dengan peratusan pencapaian penyelesaian kes secara perdamaian dan perbincangan dan sekaligus menyelesaikan isu tunggakan kes di Mahkamah Syariah. Walau bagaimanapun, kes yang dibawa ke Majlis Sulh masih tidak dapat menyelesaikan keseluruhan tuntutan yang telah difailkan oleh pihak-pihak akibat daripada faktor yang menyumbang kepada kegagalan proses Majlis Sulh. Pada masa yang sama, aturan bagi Majlis Sulh ini tidak jelas dari aspek aplikasi dan tatacara yang mengawal selia sesi perbincangan tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti amalan Mediasi dalam suatu Majlis Sulh, iaitu suatu disiplin perbicangan dalam penyelesaian sesuatu pertikaian. Kaedah amalan mediasi dilihat bersesuaian dengan pengendalian Majlis Sulh terutama dalam penyelesaian konflik hadanah atau hak penjagaan anak selepas perceraian. Dengan pemahaman sebegini, pengamal undang-undang berusaha untuk melakukan penambahbaikan dalam Majlis Sulh dengan mencari kaedah terbaik untuk diikuti. Kajian ini menggunapakai rekabentuk kualitatif dalam konteks kajian sosio-perundangan (socio-legal research). Berdasarkan kepada pemerhatian fail kes tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan penelitian kaedah amalan mediasi yang dikendalikan oleh Mediator bertauliah, kajian ini akan dianalisa dengan cara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa pengendalian Majlis Sulh yang menjadi sebahagian daripada tatacara penyelesaian kes di Mahkamah Syariah selaras dengan kaedah amalan mediasi. Tetapi, dalam konteks amalan kaedah mediasi, beberapa penambahbaikan harus dilakukan untuk memantapkan dan menjadikan Majlis Sulh sebagai alternatif terbaik bagi penyelesaian tuntutan hak penjagaan anak. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Global Academic Excellence en_US
dc.subject Prosedur Mal, Hadanah, Mediasi, Majlis Sulh, Hak Penjagaan Anak en_US
dc.title Pendekatan Mediasi dalam Tuntutan Hadanah : Kajian di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account