Adab hamalat Al-Quran : suatu kajian tentang pengamalannya di kalangan pelajar IQDAR

Show simple item record

dc.contributor.author Abdul Malik bin Che Haat
dc.date.accessioned 2020-12-21T07:17:35Z
dc.date.available 2020-12-21T07:17:35Z
dc.date.issued 2018
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/16758
dc.description.abstract Adab merupakan suatu perkara yang amat dititikberatkan oleh para ulama` dalam mereka menuntut ilmu Allah SWT. Berdasarkan inilah, kita telah menemui banyak karangan para ulama` yang menulis tentang adab-adab menuntut ilmu. Adab hamalat al-Quran juga telah disusun secara khusus oleh para ulama` kepada mereka yang ingin menghafaz al-Quran yang membincangkan tentang adab-adab dalam menghafaz al-Quran sama ada adab itu bersangkut paut secara khusus dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW atau manusia dan yang lainnya secara umum. Oleh itu, objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisa berkaitan adab-adab hamalat al-Quran yang telah disusun tersebut. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kepustakaan dengan merujuk banyak kitab-kitab dan kajian yang telah ditulis oleh para ulama‘ Islam seterusnya melakukan pembahagian mengikut item-item yang sesuai agar lebih jelas pembahagian adab-adab tersebut. Bagi mendapatkan hasil kajian yang menepati tajuk kajian yang dijalankan, seramai 77 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar semester dua lelaki dan perempuan di Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) terlibat sebagai responden bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan pengamalan adab hamalat al-Quran. Hasil data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS). Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini telah mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan oleh penulis iaitu untuk mengkaji pengamalan adab hamalat al-Quran di kalangan pelajar IQDAR.
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Kuliyyah Usuluddin dan Sains Al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.title Adab hamalat Al-Quran : suatu kajian tentang pengamalannya di kalangan pelajar IQDAR en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account