Abstract:
Sebuah karya sastera tidak pernah kosong dari kehidupan sosial, ekonomi dan politik masyarakat tertentu dengan lakaran kebudayaan yang melatari semua aspek tersebut seperti dalam Cerpen Penantian Di Hujung Senja karya Eh Deng Eh Chik yang merupakan himpunan 23 cerpen bertemakan kemanusiaan, dendam, kuasa, rasuah, nasionalisma, adat resam dan warisan. Namun, kajian ini hanya memilih tiga cerpen untuk dianalisis iaitu “Sumpah”, ““Tal Sial Tal Bertuah” dan Penantian Di Hujung Senja. Cerpen Penantian Di Hujung Senja akan dianalisi dengan menggunakan pendekatan sosiologi sastera. Sosiologi sastera merupakan cabang kajian sastera yang bersifat reflektif. Terdapat beberapa objektif tertentu yang perlu dicapai dalam kajian sosiologi sastera antaranya konteks sosial pengarang, “Sastera sebagai cermin kehidupan masyarakat” dan fungsi sosial sastera. Kajian ini akan menganalisis tiga buah cerpen iaitu “Sumpah”, ““Tal Sial Tal Bertuah”dan Penantian Di Hujung Senja yang sarat dengan pendeskripsian kehidupan sosial para wataknya. Fenomena sosiobudaya dalam cerpen-cerpen ini memberikan inspirasi dan motivasi untuk merungkai segala isu masyarakat secara lebih intensi.