Rawatan infertiliti patuh Maqasid Al-Shari’ah dalam novel Cinta In Vitro dari perspektif Teori Takmilah

Show simple item record

dc.contributor.author Hadijah Johari
dc.contributor.author Nor Shahida Mohd Shaker
dc.date.accessioned 2019-05-09T07:22:41Z
dc.date.available 2019-05-09T07:22:41Z
dc.date.issued 2019-04
dc.identifier.citation Rawatan infertiliti patuh Maqasid Al-Shari’ah dalam novel Cinta In Vitro dari perspektif Teori Takmilah en_US
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/11976
dc.description.abstract Kajian ini merupakan satu kajian aplikasi teori Takmilah ke atas novel Cinta In Vitro karya Nik Hazlina Nik Hussain. Novel ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2019. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis novel Cinta In Vitro berdasarkan 7 prinsip yang terdapat dalam teori Takmilah dengan bersandarkan kepatuhan terhadap maqasid shariah. Struktur novel ini merungkai kisah sepasang suami isteri yang belum direzekikan zuriat sehingga terpaksa bergelut mencari kesempurnaan hidup berumahtangga tersebut melalui pelbagai cara sama ada kaedah tradisional mahupun moden dan akhirnya berhasil melalui rawatan infertiliti bayi tabung uji atau dkenali sebagai persenyawaan in vitro ( in vitro fertilisation-IVF). Walau bagaimanapun, sebagai seorang muslim yang mentauhidkan Allah maka pencapaian manusia dalam teknologi ini seharusnya mengambil kira terhadap usaha memelihara agama, nyawa, akal, keturunan serta harta kerana perkembangan teknologi seharusnya dilihat daripada pelbagai sudut iaitu sudut keperluan (daruriyyah), kehendak (hajiyyah) dan keselesaan (tahsiniyyah) yang merupakan komponen penting dalam Maqasid Shariah. Justeru, penulisan ini memberi fokus kepada rawatan infertiliti secara umum menurut Maqasid Shariah yang selari dengan prinsip-prinsip Takmilah. Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan bagi membuat analisis kajian. Pengkaji juga turut melayari internet untuk mendapatkan bahan yang berkaitan dengan kajian terutamanya mengenai rawatan infertiliti yang patuh Maqasid Shariah dan teori Takmilah. Berdasarkan penelitian dan analisis penyelidik mendapati bahawa kesemua 7 prinsip teori Takmilah ditemui dalam plot dan sub plot novel ini. 7 prinsip berkenaan ialah ketuhanan yang bersifat Kamal, kerasulan sebagai insan Kamil, keislaman yang bersifat Akmal, ilmu dengan sastera yang bersifat Takamul, sastera yang berciri estetik dan bersifat Takmilah, pengkarya yang mengistikmalkan diri dan khalayak ke arah insan Kamil. Penemuan ketujuh-tujuh prinsip teori Takmilah dalam kumpulan novel yang dikaji membuktikan bahawa novel Cinta In Vitro karya Nik Hazlina Nik Hussain ini padat dengan nilai-nilai keagamaan dan pengajaran serta dapat dikategorikan sebagai hasil karya sastera Islam kerana terdapat eleman-eleman tauhid, Maqasid Shariah, akhlak, kesusasteraan, ilmu kesihatan dan perubatan. Kata kunci : Teori Takmilah, Rawatan Infertiliti, In vitro fertilisation-IVF, Maqasid Shariah, keperluan (daruriyyah), kehendak (hajiyyah) dan keselesaan (tahsiniyyah) en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Dewan Bahasa dan Pustaka en_US
dc.relation.ispartofseries Program Pemilihan Peserta Terbaik Bakat Siswa;2019
dc.subject Researchers
dc.title Rawatan infertiliti patuh Maqasid Al-Shari’ah dalam novel Cinta In Vitro dari perspektif Teori Takmilah en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account