Abstract:
Kumpulan cerpen Melamar Rindu mengumpulkan lapan belas buah cerpen jelas berjaya memaparkan pelbagai persoalan seperti pertemuan dan perpisahan, kasih sayang, kerinduan, pembangunan, pertentangan di antara dua generasi dan perjuangan mempertahankan warisan bangsa. Kumpulan cerpen ini turut memperlihatkan keupayaan penulisnya Osman Ayob mencipta dan mengenengahkan isu-isu semasa daripada pengalaman hidup yang dirasai oleh individu dan masyarakat sehingga menjadi cerpen yang menarik dengan keindahan bahasanya dan pada masa yang sama dapat memperkaya minda pembacanya. Selain itu, pengulas juga dapat mengenalpasti persoalan keagamaan yang berjaya dirungkai dengan baik oleh penulis dalam kumpulan cerpen Melamar Rindu kerana menekankan elemen dakwah Islamiah melalui cerpen Gangguan, cerpen Doanya Termakbul dan cerpen Menimba Penawar.