Motif Kesukarelawan Dan Kemahiran Insaniah Mahasiswa Khidmat Masyarakat

Show simple item record

dc.contributor.author Anas Suzastri bin Hj. Ahmad
dc.contributor.author Hadijah Johari
dc.date.accessioned 2022-07-03T02:08:15Z
dc.date.available 2022-07-03T02:08:15Z
dc.date.issued 2021-12-27
dc.identifier.isbn 9789672963196
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28618
dc.description.abstract Mengapa ramai orang terlibat dalam aktiviti kesukarelaan tanpa dibayar atau diberi ganjaran tertentu? Motivasi disebalik kelakuan manusia melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan ini ialah enam fungsi peribadi dan sosial seperti dinyatakan oleh Teori Fungsional (Snyder, M., 2000). Modul Khidmat Masyarakat yang mewajibkan mahasiswa melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dianggap sebagai satu cabaran sama ada pelajar melaksanakan aktiviti secara sukarela atau sekadar memenuhi keperluan kursus wajib universiti. Kajian tinjauan telah dijalankan kepada 85 orang pelajar pelbagai bidang pengajian yang mendaftar kursus Khidmat Masyarakat untuk mengenal pasti motif penglibatan pelajar dalam aktiviti kesukarelaaan. Kajian juga mengenal pasti hubungan antara motif kesukarelaan dengan kemahiran insaniah. Kaedah deskriptif dan inferensi (ujian-t dan korelasi Pearson) digunakan untuk menganalis data yang terkumpul. Dapatan kajian mendapati bahawa Nilai merupakan motif dominan penglibatan dalam aktiviti kesukarelaan. Kajian juga mendapati setelah pelajar mengikut aktiviti kesukarelaan, pelajar memperolehi penerapan kemahiran insaniah melalui hubungan baik, interaksi dan dapat bekerja dengan cara yang efektif. Seterusnya analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang besar (r = .727) di antara motif penglibatan sukarelawan dengan kemahiran insaniah yang telah diperolehi dalam kalangan pelajar. Hakikatnya keperluan kursus Khidmat Masyarakat sebagai salah satu modul wajib Universiti meletakkan mahasiswa keluaran UniSHAMS pada tahap yang berbeza apabila mempunyai nilai tambah serta berpeluang menabur bakti dan menyumbang budi pada skala lebih besar pada tahap nasional atau antarabangsa. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan bagi pengkaji akan datang bagi melakukan kajian lanjutan. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher 2nd Langkawi International Conference on Multi-Disciplinary Research 2021 en_US
dc.subject Mahasiswa en_US
dc.subject Sukarelawan en_US
dc.subject Motif Fungsional en_US
dc.subject Khidmat Masyarakat en_US
dc.title Motif Kesukarelawan Dan Kemahiran Insaniah Mahasiswa Khidmat Masyarakat en_US
dc.type Book en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account