Prinsip Rukun Negara, Keluhuran Perlembagaan dalam kalangan generasi baru masyarakat majmuk Malaysia: Kajian terhadap pemahaman, persepsi, penerimaan dan cabaran

Show simple item record

dc.contributor.author Rosfazila Abd Rahman
dc.contributor.author Jessica Ong Hai Liaw
dc.contributor.author Adlina Abdul Khalil
dc.contributor.author Sharifah Shahirah Syed Sheikh
dc.contributor.author Djhoanna S. Mama
dc.contributor.author Munira Abd Razak
dc.date.accessioned 2022-06-21T06:40:13Z
dc.date.available 2022-06-21T06:40:13Z
dc.date.issued 2021-11
dc.identifier.issn 2811-4051
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28607
dc.description.abstract Rukun Negara adalah suatu ideologi kebangsaan yang menyeragamkan fahaman dalam kalangan pelbagai kelompok etnik di Malaysia. Rukun Negara juga bermatlamat untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia yang benar-benar patriotik dan memelihara kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan. Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip ketiga dalam Rukunegara Malaysia. Satu daripada objektif Rukun Negara ialah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Justeru, Rukun Negara perlu sentiasa dihayati oleh rakyat kerana pembentukannya adalah mengikut acuan masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, amat penting bagi semua rakyat dapat memahami, menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara terutamanya dalam kalangan generasi baru yang merupakan pemimpin masa hadapan. Sehubungan itu, Kajian Tahap Pemahaman, persepsi, penerimaan dan cabaran prinsip keluhuran perlembagaan dalam Kalangan generasi baharu ialah satu kajian yang akan mengkaji sejauh mana mereka benar- benar memahami, merasai dalam hati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara berasaskan indikator dan kriteria yang dipilih. Teknik dan strategi kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan data temu bual dan strategi kajian fenomena. Kajian ini dapat memberi gambaran tentang tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan generasi baharu masyarakat majmuk Malaysia terhadap prinsip keluhuran perlembagaan Rukun Negara dan sekaligus cadangan-cadangan di dalam kajian ini dapat diterapkan di dalam kehidupan masyarakat ke arah perpaduan dan keharmonian dalam kemajmukan. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan en_US
dc.subject Rukun Negara Malaysia en_US
dc.subject Keluhuran Perlembagaan en_US
dc.subject Generasi Baru en_US
dc.subject Masyarakat Majmuk Malaysia en_US
dc.title Prinsip Rukun Negara, Keluhuran Perlembagaan dalam kalangan generasi baru masyarakat majmuk Malaysia: Kajian terhadap pemahaman, persepsi, penerimaan dan cabaran en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account