Abstract:
Metode al-Qasr adalah antara tajuk dalam ilmu Balaghah yang sangat penting kepada sesiapa sahaja yang mempelajari ilmu-ilmu Bahasa Arab yang bersumberkan al-Quran al-Karim, Hadith-hadith Nabi Muhammad SAW, syair-syair dan prosa-prosa Arab. Ini adalah kerana, seseorang itu tidak akan mampu untuk sampai kepada maksud yang tersirat atau yang lebih dikehendaki melainkan setelah memahami ilmu-ilmu Balaghah samada ilmu al-Ma’ani, ilmu al-Bayan mahupun ilmu al-Badi’. Oleh yang demikian, mempelajari Bahasa al-Quran adalah termasuk ilmu yang paling mulia, kerana ia mengkaji Kalam Allah SWT. Antara tajuk yang paling penting dalam ilmu-ilmu Balaghah yang mengkaji Kalam Allah SWT secara terperinci adalah Metode al-Qasr.