Hifz Al-Din Suatu Pandangan Syariah Dalam Memperkasakan Maqasid Syariah Dan Praktis Dalam Malaysia

Show simple item record

dc.contributor.author Akli bin Ahmad, Dr.
dc.date.accessioned 2018-10-16T08:13:01Z
dc.date.available 2018-10-16T08:13:01Z
dc.date.issued 2018-10-11
dc.identifier.citation Syariah dan Undang-Undang en_US
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/7132
dc.description.abstract Segala puji bagi Allah s.a.w, Tuhan Pencipta sekelian alam, yang telah menurunkan syari’atnya kepada jin dan manusia. Selawat dan Salam buat junjungan Nabi s.a.w yang memperjuangkan Islam sebagai syari’at yang utuh didaulatkan. Ucapan selawat dan Salam juga dipanjatkan untuk kesejahteraan para sahabat Baginda r.a yang mendokong serta mengembangkan syariat-Nya ke serata alam. Lantas, Islam dilihat berkuasa dalam memandu mukallaf kepada akidah mengesakan Allah, menegakkan Islam sebagai al-Din dan berinteraksi sesama alam dengan akhlak yang mampu mendamaikan antara alam sejagat. Namun cabaran dalaman dan luaran terus menerus menyerang Islam seolah-olah “pahlawan” ini dibimbangi akan menguasai seluruh dunia. Justeru, ia akan menjadi contoh kepada dunia tentang keadilan Islam dan sebagainya. Bagi memastikan kesinambungan Islam sebagai al-Din dalam memperkasakan akidah serta dipertahan kedaulatan syariat-Nya, maka Islam telah meletakkan dua kaedah untuk menjamin maksud ini tercapai. Pertama: meletakkan ilmu sebagai asas memperkukuhkan akidah, syariah dan akhlak. Kedua: mengenakan hukuman keras terhadap sebarang kesalahan atau jenayah yang menggugat kesejahteraan akidah seorang mukmin. Dalam kajian ini, penulis akan menyatakan terlebih dahulu definisi hifz al-Din, jenis agama, pandangan sarjana Islam, maksud agama dalam perlembagaan Malaysia, dalil, bentuk penjagaan agama dalam syariat dan praktis hifz al-Din dalam konteks negara. Namun dewasa ini, terdapat indivdu atau kumpulan tertentu yang memberikan tafsiran hifz al-Din dengan tafsiran yang boleh mengelirukan ditambah lagi tuntutan tidak masuk akal oleh kumpulan liberal yang menyebabkan aktiviti hifz al-Din seolah dikecualikan dalam beberapa perkara. Toleransi Islam ada batasnya yang tersendiri. Diharapkan kertas ini mampu memberikan mafhum sebenar hifz al-Din agar kita tidak terkeliru dalam merencanakan program individu, masyarakat atau atau negara dalam memperkasakan objektif hifz al-Din. Hasrat kita biarlah makin lama, Islam makin mendapat ruang dan tempat yang tertinggi dalam konteks negara. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Kulliyyah Syariah & Undang-Undang, UniSHAMS. en_US
dc.subject Seminar Syariah dan Undang-Undang Siri 1 en_US
dc.subject Hifz Al-Din Suatu Pandangan Syariah Dalam Memperkasakan Maqasid Syariah Dan Praktis Dalam Malaysia en_US
dc.subject Seminars, Workshops & Science Sharing Sessions
dc.title Hifz Al-Din Suatu Pandangan Syariah Dalam Memperkasakan Maqasid Syariah Dan Praktis Dalam Malaysia en_US
dc.title.alternative Seminar Syariah dan Undang-Undang Siri 1 en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account