Abstract:
Bermula dari pengaruh Barat yang telah merebak ke seluruh pelusuk dunia. Isu mengenai LGBT telah disebut di dalam al- Quran, Taurat dan Injil. Dinyatakan dengan jelas bahawa hubungan songsang iaitu hubungan sejenis dilarang oleh Tuhan.
Di Malaysia, isu yang berkaitan dengan seks bebas dikatakan berkembang setelah rakyat mengetepikan ajaran agama. Pada mulanya, seks bebas atau pelacuran dikesan berlaku di kawasan-kawasan pelabuhan, yang mana ketika kemasukan lebih ramai kaum imigran, kemasukan lebih ramai lelaki menyebabkan berlaku permintaan yang tinggi ke atas wanita.