Abstract:
Sifat ekstrem diistilahkan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai ‘al-ghuluw’ yang bererti melampaui batas terhadap sesuatu perkara yang disyariatkan dengan cara berlebih-lebihan (al-ifrat) dalam melaku-kannya atau mengurangkan dan meng-abaikanya secara berlebih-lebihan (al-tafrit).
Bermula dengan pegangan dengan aliran pemikiran yang salah dan kemudiannya bertukar menjadi prinsip hidup dan di akhiri dengan amalan-amalan yang selari dengan pegangan salah yang dianut.
Ia lahir dari pegangan berterusan golongan yang berpaut kepada aliran-aliran atheisme (ilhadiyyah), sekularisme (‘ilmaniyyah), rasionalisme (al-’aqlaniyyah) dan libralisme (al-taharruriyyah).