Abstract:
Sejarah kebangkitan umat Islam berkait rapat dengan budaya ilmu yang diamalkan. Islam menganjurkan kepada budaya ilmu yang cemerlang. Umat Islam akan bangkit dan setanding dengan bangsa-bangsa yang lain sekiranya mengamalkan budaya ilmu sepertimana yang dianjarkan dalam sunnah Nabi SAW. Kekuatan ini yang melahirkan tokoh-tokoh ulama seantero dunia, daripada Timur hinggalah ke Barat termasuklah di alam Melayu kini. Kelahiran tokoh ilmuwan alam Melayu seperti Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Syeikh Abdul Somad al-Falimbangi, di susuli dengan Tok Kenali, Tuan Tabal, Tuan Hussain Kedah dan banyak lagi tokoh-tokoh yang menyinari alam Melayu ini dengan ilmu dan dakwah Islamiah.