كتاب السبعة لابن مجاهد من حلال سورة المائدة دراسة نحوية صرفية

Show simple item record

dc.contributor.author Mohammad Naim Bin Ismail
dc.date.accessioned 2024-10-30T07:25:41Z
dc.date.available 2024-10-30T07:25:41Z
dc.date.issued 2018
dc.identifier.other PJ 6696 .Z6M35 | .M64 2018 TES PEL(M)
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/32231
dc.description.abstract Disertasi yang bertajuk "Kitab as-Sab'ah oleh Ibn al-Mujahid berdasarkan Surah al- Maidah Kajian Nahu dan Sarf" ini mengandungi persoalan-persoalan Nahu dan Sarf daripada Surah al-Ma'idah berdasarkan kitab as-Saba'h oleh Ibnu Mujahid. Pengkaji mengetengahkan beberapa persoalan, antaranya: Siapakah Imam-imam al-Qiraat al- Sab'ah yang mutawatir dan terkenal yang disebut oleh Ibnu Mujahid di dalam kitabnya? Adakah pebezaan al-Qiraat al-Quraniyyah memberi kesan pada penetapan hukum-hakam Syara'? Adakah perbezaan bentuk kalimah pada Qiraat membawa kepada perubahan makna pada kalimah? Matlamat bagi kajian ini ialah untuk merungkai rahsia-rahsia al-Quran dan seni-seninya dari segi persoalan-persoalan Nahu dan Sarf yang wujud, memahami kaedah-kaedah Nahu dan Sarf dari aspek pemerhatian melalui buku-buku Ulama-ulama Nahu dan dari aspek praktikal berdasarkan al-Quran al-Karim dan menerangkan perkaitan di antara Nahu dan Sarf pada gambaran-gambaran Qiraat yang berbeza-beza. Metodologi kajian ini ialah Metodologi Deskriptif dan Metodologi Analisis di mana pengkaji melakasanakan pengumpulan bahan Ilmiah bersumberkan rujukan dan sumber asal kemudian menyusun dan mengkajinya. Setelah itu, menganalisis maklumat-maklumat ini dan menetapkan indikasi daripadanya sehingga memperolehi dapatan yang dikehendaki. Kajian ini juga memberikan sumbangan kepada lapangan pengetahuan dan lapangan masyarakat kerana membicarakan tajuk yang khusus berkaitan degan al-Quran dan Qiraat di mana perkara ini sangat penting bagi orang-orang Islam dan masyarakat. Pengkaji telah menyelesaikan kajian dengan memperolehi beberapa hasil dapatan, antara yang penting ialah: Imam-imam al-Qiraat as-Saba'h yang mutawatir ialah Nafi', Ibnu Kathir, A'sim, Hamzah, Abu Amru dan Ibnu A'mir, terdapat kesan al- Qiraat pada pengeluaran hukum-hakam Syarak sepertimana pada ayat al-Quran berkenaan wudhuk dan perbezaan pada pengurangan dan penambahan kalimah membawa kepada gambaran yang baru. Akhir sekali pengkaji ingin mencadangkan kepada para pengkaji dalam kajian Nahu dan Sarf agar mengaitkan kajian dengan Ilmu al-Qiraat, manakala bagi yang mengkaji berkaitan ilmu al-Qiraat agar mempelajari Ilmu Tatabahasa Arab. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Kedah : Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah en_US
dc.subject Koran, surat al-Ma'idah, Arabic language en_US
dc.title كتاب السبعة لابن مجاهد من حلال سورة المائدة دراسة نحوية صرفية en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account