Abstract:
Guru merupakan aset yang amat penting dalam pendidikan. Pelajar pula dituntut mencari ilmu pengetahuan. Untuk itu, penulis berusaha untuk mengaitkan antara tuntutan menuntut ilmu dengan tuntutan mengajar dengan melihat sejauh manakah konsep guru sebagai pembimbing, pengajar dan penunjuk. Penulis telah membataskan tumpuan pemerhatian terhadap konsep tasawwuf.
Penulis telah memulakan penulisan dengan mengutarakan latarbelakang masalah iaitu latarbelakang tuntutan berguru, tugas dan peranan mereka sebagai petunjuk, tujuan penyelidikan, skop dan kepentingan kajian, metodologi serta sistematika penulisan.
Seterusnya penulis mengutarakan konsep guru dalam Islam. Kemudian mengemukakan fakta dan dalil yang menunjukkan guru itu perlu bagi seseorang dalam menuntut ilmu. Di samping itu, penulis juga mengemukakan menurut tasawwuf beserta hujan tentang perlunya berguru.
Selanjutnya, penulis mepalorkan data-data yang diperolehi daripada penyelidik yang dijalankan, kemudian data-data tersebut dianalisis bagi mendapatkan beberapa kesimpulan. Akhir sekali, penulis telah membuat kesimpulan secara keseluruhan terhadap penulisan di dalam Kajian Ilmiah ini. Penulis juga telah mengemukakan beberapa cadangan dan saranan yang difikirkan bersesuaian dengan penyelidikan dijalankan.