Abstract:
Kajian berkaitan perlaksanaan amalan perkaunan pengurusan di kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) semakin mendapat perhatian daripada ahli ilmuan dan juga pengamal industri. Ini disebabkan perakaunan pengurusan boleh dijadikan satu alat pengurusan yang berkesan kepada PKS untuk memastikan operasi perniagaan PKS berjalan dengan efektif dan efisyen. Perakaunan pengurusan menfokuskan kepada dua aspek penting dalam menjalankan perniagaan iaitu aspek kewangan dan bukan kewangan. Amalan-amalan perakaunan pengurusan seperti perancangan, kawalan dan pembuatan keputusan menjadi elemen-elemen yang sangat penting kepada PKS untuk mengendalikan perniagaan. Kajian-kajian lepas menunjukkan pembangunan amalan perakaunan pengurusan hanya tertumpu dari perpektif firma besar. Walaubagaimanapun, PKS berusaha untuk membangunkan amalan perakaunan pengurusan yang sistematik memandangkan PKS mempunyai sumber-sumber yang sangat terhad. Oleh itu kajian berkenaan amalan perakaunan pengurusan di PKS mewujudkan satu jurang dalam literatur PKS. Dengan itu, objektif kajian ini adalah unutk melihat amalan-amalan perakaunan yang dilaksanakan oleh PKS. Kajian ini dilakukan ke atas PKS yang berlokasi di Kedah dengan mengambilkira semua sektor PKS.