Abstract:
Masalah kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid bukanlah suatu fenomena yang baru. Kebimbangan komunikasi boleh menganggu perkembangan kerjaya pelajar. Pelajar perlu mengasah bakat terutama dalam berkomunikasi agar yakin memasuki dunia pendidikan dan kerjaya yang lebih mencabar. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti perubahan selepas mengikuti intervensi kaunseling terhadap dengan kebimbangan komunikasi dalam kalangan murid di salah sebuah sekolah menengah di Utara Semenanjung Malaysia. Responden kajian yang terlibat telah mengikuti sesi kaunseling kelompok sebanyak six sesi menggunakan pendekatan Teori Kognitif Tingkah Laku. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melibatkan kajian kes. Analisis kajian menggunakan teknik tematik analisis daripada transkrip empat orang pelajar. Hasil dapatan menunjukkan teknik yang digunakan dalam mengurangkan kebimbangan komunikasi iaitu teknik relaksasi dan teknik pengstrukturan kognitif membantu mengurangkan kebimbangan dan memberi keyakinan untuk berkomunikasi. Selain itu, perubahan dari segi pemikiran dan perasaan iaitu rasa yakin, berani, berfikiran positif dan relaks telah membuktikan Teori Kognitif Tingkah Laku dapat mengurang kebimbangan komunikasi pelajar-pelajar di sekolah.