Abstract:
i-Sinar merupakan satu program Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), melibatkan skim pengeluaran simpanan wang pekerja yang mampu membantu ahli yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika tempoh krisis semasa. Pencarum KWSP yang layak boleh mengeluarkan simpanan KWSP akaun 1 sebanyak 10% dengan syarat baki minimum sebanyak RM100. Bagi menampung perbelanjaan harian semasa pandemik, ramai rakyat Malaysia yang mengambil peluang dengan membuat pengeluaran i-Sinar. Justeru itu, pengurusan kewangan yang baik perlu dititikberatkan oleh pengeluar i-Sinar dalam menguruskan wang yang telah dikeluarkan untuk mengelak berlakunya kebocoran tunai. Jadi, objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui gelagat penggunaan i-Sinar dalam kalangan staf UniSHAMS. Kajian ini akan dijalankan dengan mengunakan kaedah metodologi campuran secara kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini diharap dapat menghasilkan garis panduan tentang pengurusan wang yang bijak dan berhemat sebagai panduan dan amalan staf UniSHAMS khasnya.