Abstract:
Kajian ini bertajuk : “Kajian Lapangan Mengenai masalah Dan Cabaran Utama Yang Dihadapi Oleh Ma’had Adda’wah Al-Islamiyyah, Pulau Pinang, Malaysia”, pengkaji berkehendak untuk mengkaji ma’had sebagai contoh peranan Pendidikan agama dalam membetulkan dan mentarbiah masyarakat di Malaysia, dan bagaimanakah bagi sekolah-sekolah ini memain peranan yang penting dalam ilmu pembelajaran, dan diiktibarkan Ma’had Adda’wah Al- Islamiyyah salah satu daripada sekolah-sekolah yang penting yang bangun untuk pendidikan ilmu agama semenjak lebih kurang tahun 2000 sehinggalah sekarang di Negeri Pulau Pinang, dan sesungguhnya pengkaji telah melakukan satu kajian di ma’had ini melalui kaji lapangan, dan sesungguhnya telah terdapat beberapa kajian yang menerangkan masalah-masalah yang perlu untuk institusi pendidikan meneliti akannya dan berusaha untuk menyelesaikannya dengan pertolongan daripada pihak berkuasa yang berwibawa seperti Kementerian Pembelajaran dan Jabatan Agama di Negeri Pulau Pinang, sehingga ma’had mampu melaksanakan peranan yang diingini dalam menyampaikan dan memegang risalah Islam di Malaysia secara umum dan di Negeri Pulau Pinang secara khusus. Hasil daripada kajian ini, maka pengkaji dapat menyimpulkan bahawa: Kajian ini menzahirkan kepentingan pengajian agama di Malaysia dan kedudukan yang rasional dalam memperbaiki masyarakat, bagi Al-Azhar Assyarif, peranannya yang sangat besar dalam membimbing pelajarnya dari Malaysia dan negara lain untuk berdakwah dan memajukan negara mereka, metodologi pengajian di Ma’had Adda’wah Al-Islamiyyah di Negeri Pulau Pinang bersepakat dengan kebenaran Islam dan mengikut landasan sekolah agama yang diiktiraf, bagi Ma’had Adda’wah Al-Islamiyyah mempunyai usaha dakwah yang nyata dalam masyarakat dan berbagai cara dakwah yang digunakan oleh mereka untuk membangunkannya, yang mewujudkan semangat yang baik di sekelilingnya, menghimpunkan umat Islam dan mengajarkan mereka tentang agama mereka, salah satu masalah yang didedahkan oleh kajian ini ialah keperluan guru lelaki dan Perempuan di Ma’had Adda’wah Al-Islamiyyah mengambil beberapa kursus ilmiah dan kaedah pengajaran serta kursus Bahasa Arab, masalah lain ialah Ma’had Adda’wah Al-Islamiyyah mesti mengaktifkan program wakaf yang diwakafkan sebahagian umat Islam melalui pendidikan agama melalui sekolah dan melaburkannya dengan perkara yang menjana pendapatan yang membantu kestabilan kewangan sekolah, salah satu masalah yang ditunjukkan oleh kajian ini ialah kekurangan perpustakaan untuk penyelidikan dan kajian di sekolah dan antara masalah yang turut terserlah melalui kajian ialah pertelingkahan antara pelajar, kesukaran memahami pelajaran matematik dan kurangnya kerjasama antara guru dan ibu bapa.