Metodologi Dato’ Ismail Hashim dan Dato’ Nik Jaafar dalam pengajaran taranum al-quran di Malaysia : satu kajian perbandingan

Show simple item record

dc.contributor.author Mohamad Alwi Bin Ab Rahman
dc.date.accessioned 2024-08-26T04:12:16Z
dc.date.available 2024-08-26T04:12:16Z
dc.date.issued 2022
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/31927
dc.description.abstract Kajian ini memfokuskan perbandingan metodologi pengajaran taranum al-Quran oleh dua orang tokoh taranum al-Quran yang masyhur di Malaysia, iaitu Dato’ Ismail bin Hashim dan Dato’ Nik Jaafar bin Nik Ismail. Objektif utama kajian adalah untuk menjelaskan secara ilmiah berkenaan taranum al-Quran dan metodologi pengajaran taranum al-Quran oleh kedua-dua tokoh tersebut, mendedahkan latar belakang kedua-dua tokoh dan mengkaji metodologi dalam pengajaran taranum al-Quran serta menganalisis secara perbandingan metodologi pengajaran taranum al-Quran yang diamalkan oleh kedua-dua tokoh ini. Bentuk penyelidikan yang dilakukan ialah melalui kajian kepustakaan dan lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa metodologi pengajaran taranum al-Quran oleh kedua-dua tokoh tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama dari sudut teori dan yang kedua dari sudut praktikal. Metodologi Dato’ Ismail bin Hashim boleh disimpulkan memfokuskan bahagian praktikal, manakala Dato’ Nik Jaafar bin Nik Ismail memfokuskan bahagian teori. Namun demikian, realitinya kedua-dua tokoh ini mempunyai teknik tersendiri dengan memasukkan metodologi pengajaran yang digabungkan dengan teori dan praktikal dalam pengajaran taranum kepada masyarakat yang secara langsung mendekatkan masyarakat dengan ilmu berkaitan al-Quran. Kajian ini merumuskan bahawa metodologi Dato’ Nik Jaafar bin Nik Ismail memberi kesan kepada para pelajar untuk mengorak langkah menjadi qari yang terhebat pada masa hadapan dengan menitikberatkan irama taranum dengan pemahaman ayat-ayat al-Quran, manakala metodologi Dato’ Ismail bin Hashim pula memberi kesan kepada para pelajar berkaitan kemahiran mengolah irama taranum dengan membiasakan mendengar qari-qari Arab dan lagu-lagu klasik Arab. Kesimpulannya, metodologi kedua-dua tokoh tersebut telah melahirkan para qari dan qariah yang menguasai bidang taranum al-Quran dengan baik di samping memahami matlamat sebenar bertaranum agar Islam dapat tersebar dengan penuh hikmah. Hal ini dapat dilihat melalui pencapaian anak didik mereka dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan al-Quran, sama ada di Malaysia atau di luar Malaysia hingga mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Islam Antarabangsa, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.title Metodologi Dato’ Ismail Hashim dan Dato’ Nik Jaafar dalam pengajaran taranum al-quran di Malaysia : satu kajian perbandingan en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account