Abstract:
Pelan Antirasuah Universiti Islam Antarabangsa, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah 2024 - 2029 merupakan satu dokumen antirasuah di peringkat organisasi UniSHAMS sebagai menyahut seruan kerajaan pusat melalui Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 - 2023. Pelan ini telah dirangka secara khusus dengan menggunakan beberapa kaedah yang dicadangkan oleh konsultan daripada Institut Malaysia (IIM) sebagai antisipasi terhadap risiko rasuah, tadbir urus dan integriti di UniSHAMS.