Abstract:
Buletin Khas ini dapat memperlihatkan komitmen, usaha dan kegigihan dalam meneruskan legasi kegemilangan universiti. Semoga Buletin ini dijadikan sebagai panduan bagi meningkatkan semangat cinta terhadap bidang akademik serta meneruskan budaya menyelidik dalam kalangan ahli akademik. Di samping itu, hubungan penyelidikan dengan pengajaran dan pembelajaran sememangnya berhubungkait rapat dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui penyelidikan yang dilaksanakan. Khazanah ilmu yang dibina berteraskan Islam juga dapat disebarkan untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.