Analisis pencapaian Maqasid Al-Syariah dalam pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri di Malaysia

Show simple item record

dc.contributor.author Wan Mohd Amjad Bin Wan Halim
dc.date.accessioned 2024-07-24T05:10:59Z
dc.date.available 2024-07-24T05:10:59Z
dc.date.issued 2022
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/31836
dc.description.abstract Maqāṣid al-Syarī’ah secara umumnya bermaksud tujuan, hikmah dan rahsia dalam pensyariatan sesuatu hukum syarak. Perbahasan mengenai Maqāṣid al-Syarī’ah dalam pensyariatan undang-undang jenayah Islam seperti hudud telah dibincangkan oleh para ulama dengan begitu terperinci. Oleh itu, hukuman dalam undang-undang jenayah Islam tersebut tidak dipertikaikan dari sudut keadilan dan kemaslahatannya menurut perbahasan kerangka Maqāṣid al-Syarī’ah kerana ia merupakan hukuman yang ditetapkan oleh Allah S.W.T yang Maha Mengetahui akan apa yang benar-benar diperlukan oleh manusia. Dalam konteks Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negerinegeri di Malaysia, peruntukan kesalahan dalam enakmen tersebut mempunyai nilai dan penghayatan Maqāṣid al-Syarī’ah yang tersendiri. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan peruntukan kesalahan jenayah berkaitan akidah dan kesusilaan dalam enakmen tersebut. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada kes-kes yang melibatkan jenayah dalam syariat Islam seperti penghinaan kepada agama Islam, khalwat, zina, minum arak dan judi dalam kalangan umat Islam yang semakin meruncing. Maka kajian mengenai Maqāṣid al-Syarī’ah dalam pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri di Malaysia perlu dikaji dan diteliti memandangkan enakmen tersebut bertujuan mengekang gejala tersebut. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu pertama untuk mengkaji konsep Maqāṣid al-Syarī’ah menurut ulama silam dan kontemporari, kedua untuk mengkaji hubungan antara Maqāṣid al-Syarī’ah dengan pelaksanaan hukuman undang-undang jenayah Islam dan ketiga untuk menganalisis pencapaian Maqāṣid al-Syarī’ah dalam pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri di Malaysia berdasarkan konsensus daripada pakar-pakar kajian yang terpilih. Kajian ini menggunakan metode campuran kualitatif dan kuantitatif. Melalui kualitatif, pengkaji melakukan analisis kandungan daripada penaakulan buku, kitab, artikel, jurnal, akhbar, majalah dan temu bual mendalam dengan empat orang pakar kajian. Melalui kuantitatif pula, pengkaji melakukan metode Fuzzy Delphi untuk mendapatkan kesepakatan pakar kajian. Pengkaji telah melakukan kaji selidik kepada dua puluh orang pakar kajian yang terdiri daripada Ahli Akademik, Hakim Syarie dan Peguam Syarie. Hasil kajian menunjukkan bahawa daripada dua puluh pakar kajian, sembilan belas pakar kajian memberikan kesepakatan bahawa hukuman di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri di Malaysia tidak mencapai Maqāṣid al-Syarī’ah. Manakala seorang pakar kajian memberikan pandangan bahawa peruntukan hukuman dalam enakmen tersebut mencapai Maqāṣid al-Syarī’ah. Kajian ini menyimpulkan bahawa hukuman sedia ada dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah tidak mencapai Maqāṣid al-Syarī’ah. Oleh itu, enakmen tersebut perlu ditambah baik dari segi penguatkuasaan dan pelaksanaannya. Kajian ini amat penting dalam mencadangkan garis panduan pematuhan Maqāṣid al-Syarī’ah dalam pelaksanaan hukuman jenayah di mahkamah syariah. Kajian ini juga berpotensi dijadikan parameter dalam penggubalan undang-undang jenayah syariah di negara ini. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Islam Antarabangsa, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.title Analisis pencapaian Maqasid Al-Syariah dalam pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri di Malaysia en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account