Pengagihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin dalam membasmi kemiskinan : kajian di daerah Yan, Baling dan Sik

Show simple item record

dc.contributor.author Fadhilah Binti Mohd Zainon
dc.date.accessioned 2024-07-22T02:34:55Z
dc.date.available 2024-07-22T02:34:55Z
dc.date.issued 2023
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/31767
dc.description.abstract Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi kemiskinan, namun sehingga kini usaha tersebut masih belum berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Zakat merupakan sistem ekonomi yang mana perlaksanaannya dikawal oleh kerajaan. Islam telah mendahului zaman dalam membela asnaf fakir dan miskin melalui peruntukan zakat. Pada tahun 2019 kerajaan melalui Menteri Pembangunan Luar Bandar telah mengisytiharkan daerah Yan, Baling dan Sik yang terletak dalam negeri Kedah menjadi antara 28 daerah yang termiskin di Malaysia. Situasi wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia menyebabkan keadaan kemiskinan menjadi semakin teruk. Pada tahun 2021, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah melaporkan peningkatan bilangan asnaf fakir dan miskin serta agihan zakat yang tidak mencukupi di Kedah. Justeru, kajian ini dijalankan berdasarkan tiga objektif. Pertama, adalah untuk menjelaskan hukum pengagihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin dan konsep kemiskinan menurut Islam. Kedua menganalisis bentuk pelaksanaan zakat yang dapat membasmi kemiskinan dalam kalangan asnaf fakir dan miskin di tiga daerah ini di Kedah. Ketiga mencadangkan penyelesaian pengagihan zakat yang dapat membasmi kemiskinan dalam kalangan asnaf fakir dan miskin. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif, di mana data dikumpul melalui kajian perpustakaan dan temu bual separa struktur bersama pakar akademik dan industri. Dapatan kajian telah dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa hukum agihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin adalah wajib mengikut keutamaannya iaitu asnaf fakir dan miskin seterusnya kepada asnaf zakat yang lain berpandukan lapan asnaf zakat berdasarkan firman Allah S.W.T di dalam surah at-Taubah ayat ke-60. Selain itu, hasil kajian turut membuktikan bahawa LZNK khususnya Pusat Zakat Daerah (PZD) Yan, Baling dan Sik telah bertungkus-lumus dalam mengagihkan zakat berbentuk konsumtif dan produktif berpandukan Had al-Kifayah bagi membantu asnaf fakir dan miskin untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Kajian ini juga merumuskan beberapa bentuk cadangan yang menggabungkan pengagihan zakat yang konsumtif dan produktif kepada asnaf fakir dan miskin yang layak. Sebagai implikasi, kajian ini menggesa pihak-pihak yang terlibat untuk menambahbaik bentuk pengagihan zakat pada masa hadapan agar dapat membasmi kemiskinan, selaras dengan usaha kerajaan Malaysia serta peranan zakat sebagai alat keselamatan sosial yang mampu mengurangkan kemiskinan dalam masyarakat. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Islam Antarabangsa, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.title Pengagihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin dalam membasmi kemiskinan : kajian di daerah Yan, Baling dan Sik en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account