Mengkaji tahap kesedaran di kalangan warga IPT Malaysia tentang pentingnya kaunseling kewangan melalui AKPK dari perspektif maqasid syariah

Show simple item record

dc.contributor.author Mohd Izzat Bin Mohd Zuki
dc.date.accessioned 2024-07-22T01:15:42Z
dc.date.available 2024-07-22T01:15:42Z
dc.date.issued 2023
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/31759
dc.description.abstract Pentingnya ilmu kaunseling kewangan dalam kalangan masyarakat Malaysia dalam membantu individu-individu untuk mengurus serta merancang kewangan mereka dengan lebih baik dan efisien, yang mana kaunseling kewangan membawa maksud suatu proses dalam membantu hubungan dengan pilihan mahupun kepercayaan yang diperlukan dalam melibatkan kewangan. Masalah timbul akibat meningkatnya kes muflis dan bankrap di kalangan rakyat Malaysia berpunca dari kurangnya kesedaran dan ilmu pengetahuan dalam kaunseling kewangan serta kegagalan masyarakat untuk merancang dalam pengurusan kewangan masing-masing. Seterusnya tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara kefahaman, persepsi, faktor demografi pengguna dan faktor-faktor lain dengan kesedaran tentang pentingnya kaunseling kewangan dari perspektif Maqasid Syariah. Jenis metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan memilih seramai seratus orang responden yang mewakili warga IPT (UniSHAMS) untuk menjawab borang kaji selidik yang telah disediakan secara talian dan semua respons yang telah diberi dianalisis bagi mendapatkan data dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan nilai deskriptif, nilai inferens dan juga analisis regresi berganda. Berdasarkan analisis yang telah diperolehi, faktor kefahaman dan faktor demografi tidak menjadi punca kepada kurangnya tahap kesedaran kaunseling kewangan di kalangan warga IPT dari perspektif Maqasid Syariah. Akan tetapi, faktor persepsi merupakan faktor yang paling kuat mempengaruhi kajian ini. Dengan adanya kajian ini, agensi perancangan kewangan iaitu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) boleh meningkatkan usaha mereka dalam melaksanakan pelbagai bentuk program untuk memberi pendedahan tentang pentingnya ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan kaunseling kewangan kepada masyarakat secara menyeluruh, khususnya warga IPT dengan menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dalam program-program yang disediakan dan juga menambahbaik lagi modul-modul pendidikan yang berkaitan kaunseling kewangan dari perspektif Maqasid Syariah bagi memupuk tahap kesedaran di kalangan masyarakat bermula dari sekolah rendah lagi. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Islam Antarabangsa, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.title Mengkaji tahap kesedaran di kalangan warga IPT Malaysia tentang pentingnya kaunseling kewangan melalui AKPK dari perspektif maqasid syariah en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account