Kesedaran pengurusan kredit dalam kalangan penjawat awam di Malaysia melalui AKPK

Show simple item record

dc.contributor.author Nurul Shahidah Binti Fadzin
dc.date.accessioned 2024-07-22T01:06:42Z
dc.date.available 2024-07-22T01:06:42Z
dc.date.issued 2023
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/31758
dc.description.abstract Pengetahuan pengurusan kredit dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah penting dalam membantu mereka untuk mengurus dan merancang kewangan dengan lebih baik dan efisyen. Banyak kajian membuktikan bahawa berlakunya peningkatan kes muflis dalam kalangan rakyat Malaysia dari tahun ke tahun kesan daripada kurangnya kesedaran terhadap pengurusan kredit dan kegagalan dalam merancang serta menguruskan kewangan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara kefahaman, persepsi dan faktor demografi (umur dan jantina) ke atas kesedaran pengurusan kredit melalui program-program yang dikendalikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di kalangan penjawat awam. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Pengkaji mengedarkan sebanyak 150 soalan kaji selidik kepada respondan dan data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisisan Statistical Package for the Social Science (SPSS) untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan, nilai diskriptif dan juga nilai inferens. Hasil kajian mendapati tahap kesedaran pengurusan kredit dalam kalangan penjawat awam di Malaysia masih rendah. Selain itu, hasil kajian juga mendapati faktor kefahaman, persepsi dan demografi umur antara 25 tahun ke bawah serta jantina perempuan adalah signifikan terhadap kesedaran pengurusan kredit. Kajian ini memberi manfaat kepada AKPK agar menyediakan program pendidikan kewangan yang sesuai kepada kumpulan pekerja muda khususnya pekerja wanita yang masih rendah tahap pengurusan kewangan. Kajian ini menyimpulkan dengan mencadangkan agensi perancang kewangan seperti AKPK perlu memberi tumpuan kepada penjawat awam berdasarkan kefahaman, persepsi dan faktor demografi umur dan jantina dalam program yang dianjurkan seperti program pengurusan kredit. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Islam Antarabangsa, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.title Kesedaran pengurusan kredit dalam kalangan penjawat awam di Malaysia melalui AKPK en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account