Kaedah mengulang hafazan al-Quran yang efektif pada masa kini. Satu kajian di Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MSTD), Kulim dan Maahad Tahfiz al-Islah (MTAI), Sungai Petani

Show simple item record

dc.contributor.author Nuur Syifaa' Binti Rosli
dc.date.accessioned 2024-07-01T13:47:36Z
dc.date.available 2024-07-01T13:47:36Z
dc.date.issued 2022
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/31562
dc.description.abstract Hafazan adalah merupakan proses menyimpan maklumat atau ilmu pengetahuan. Hafazan Al-Quran adalah salah satu cabang dari Pendidikan Al-Quran. Proses hafazan memerlukan kekuatan daya ingatan bagi individu yang ingin melakukannya. Setiap institusi pengajian tahfiz amat menekankan pelajarnya agar memastikan setengah atau keseluruhan Al-Quran yang telah dihafaz dijaga dengan baik. Penyelidikan yang dijalankan ini ialah satu kajian untuk melihat serta mengkaji Sistem dan Kaedah mengulang Hafazan Al-Quran Yang Efektif: Satu Kajian di Kedah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat apakah kaedah yang paling sesuai dan berkesan di dalam penghafazan dan pengulangan Al-Quran. Kajian ini juga ada memaparkan sejarah bermulanya pengajian Al-Quran dan perkembangan pembelajaran hafazan AlQuran serta manhaj dan model pengajian tahfiz Al-Quran di Malaysia. Kajian yang dijalankan ini juga menyentuh aspek perbandingan di antara pendidikan Tahfiz modul kerajaan dan swasta di negeri Kedah iaitu seperti dari sudut pendidikan, infrastruktur, lokasi, perhubungan, pentadbiran, syarat kemasukan, peperiksaan dan persijilan, serta pengiktirafan para lulusan tahfiz dari institusi awam mahupun swasta. Kajian ini telah dijalankan di dua buah institusi tahfiz yang ada di Malaysia iaitu di Maahad Tahfiz Sains Darulaman, Kulim dan Maahad Tahfiz Al-Islah, Sungai Petani. Seramai 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar di kedua-dua maahad tahfiz terlibat di dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah melalui borang soal selidik yang telah diedarkan, temubual yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat serta kajian perpustakaan. Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh penyelidik iaitu untuk mengkaji apakah sistem dan kaedah mengulang hafazan Al-Quran yang paling berkesan di dalam mengekalkan hafazan Al-Quran. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Kulliyyah Usuluddin & Sains Al-Quran, UniSHAMS. en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.title Kaedah mengulang hafazan al-Quran yang efektif pada masa kini. Satu kajian di Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MSTD), Kulim dan Maahad Tahfiz al-Islah (MTAI), Sungai Petani en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account