Istilah-istilah fiqah di sisi mazhab Syafie dan aplikasinya dalam sebahagian akad transaksi muamalat

Show simple item record

dc.contributor.author Ahmad Syahin Bin Mohd Amin
dc.date.accessioned 2024-07-01T13:39:56Z
dc.date.available 2024-07-01T13:39:56Z
dc.date.issued 2022
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/31561
dc.description.abstract Kajian ini bertujuan untuk mengkaji istilah-istilah yang digunakan oleh tokoh-tokoh Mazhab Syafie dalam kitab-kitab fiqah mereka khususnya dalam beberapa akad transaksi muamalat. Objektif utama kajian ini adalah untuk memaparkan keperibadian seorang mujtahid yang besar seperti Imam Syafie, memaparkan perkembangan Mazhab Syafie yang merangkumi kitab-kitab yang muktabar dalam mazhab, memaparkan metodologi pendalilan menurut Mazhab Syafie, memudahkan pelajar yang mengkaji Mazhab Syafie untuk memahami istilah-istilah yang digunakan dalam kitab–kitab Mazhab Syafie dan dapat mengetahui cara pengunaan istilah-istilah Fiqah Mazhab Syafie dalam akad transaksi muamalat yang dibincangkan. Skop kajian ini terbatas kepada istilah-istilah yang digunakan dalam Fiqah Mazhab Syafie. Istilah-istilah yang dikaji juga hanya berkaitan dengan lafaz-lafaz tarjīḥ, lafaz-lafaz mubhamāt, gelarangelaran ulama mazhab dan rumūz-rumūz. Istilah–istilah ini biasanya didapati di mukadimah kitab. Kajian ini menggunakan metod kualitatif, iaitu menggunakan pandangan-pandangan yang diambil daripada kitab-kitab muktabar dalam Mazhab Syafie seterusnya pandangan-pandangan tersebut dianalisa berdasarkan istilah-istilah yang digunapakai. Kepentingan kajian ini adalah untuk mendedahkan istilah-istilah Fiqah Mazhab Syafie, di mana ianya penting kepada pengkaji dan masyarakat dalam menambah koleksi literatur kajian tentang Mazhab Syafie dalam Bahasa Melayu, membantu pengkaji untuk mengenal pasti sesuatu pendapat sama ada pendapat tersebut kuat atau sebaliknya dan dapat mengetahui pandangan Mazhab Syafie yang tepat dalam akad transaksi muamalat. Berdasarkan kajian yang dilakukan, didapati bahawa akad transaksi muamalat dalam Fiqah Mazhab Syafie mengandungi pelbagai penggunaan istilah. Istilah-istilah ini berkait rapat dengan ijtihad-ijtihad dan fatwa-fatwa ulama. Pada zaman mutakhir istilah-istilah Mazhab Syafie semakin berkembang disebabkan semakin banyak karya-karya ulama yang dihasilkan. Oleh demikian, pemahaman yang baik mengenai istilah-istilah Fiqah Mazhab Syafie akan membantu seseorang untuk memahami fiqah mazhab dengan sempurna. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Kuliyyah Syariah & Undang-undang, UniSHAMS. en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.title Istilah-istilah fiqah di sisi mazhab Syafie dan aplikasinya dalam sebahagian akad transaksi muamalat en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account